Apapun, keputusan
Mahkamah adalah bukti jelas betapa Mahkamah dan Hakim-Hakim di Malaysia
ini sebenarnya bukan sahaja bebas, malah mempunyai kredibiliti,
integriti dan kewibawaan untu melaksanakan sistem kehakiman dan keadilan
yang bukan sahaja mematuhi standard piawaian dunia, malah memenuhi
kehendak keadilan sejagat!
LIWAT PAKSA LIWAT RELA?
Kedua, perlu diingatkan bahawa aduan yang dibuat oleh Saiful dan pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya terhadap Anwar dibawah
Seksyen 377B Kanun Kesiksaan ialah melakukan liwat melalui “dubur”
terhadap stafnya Saiful Bukhori secara paksa! Maka Pendakwaraya mesti
membuktikan tanpa sebarang keraguan elemen-elemen berikut:
- mesti ada kemasukan kedalam dubur;
- kemasukan itu secara paksa tanpa kerelaan.
Secara
peribadi, teman cukop yakin beban pembuktian elemen pertama telah
berjaya dibuktikan! Iaitu berlaku kemasukan oleh Anwar kedalam dubur
Saiful (penetration of the anus). Ini dibuktikan dengan adanya sampel
airmani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful.
Bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.
Cuma
pembuktian elemen kedua dikatakan menimbulkan keraguan Sebab itulah
Karpal Singh membangkitkan isu samada Saiful dipaksa? Sedangkan kata
Karpal Saiful pergi sendiri ke kondominium itu, dia membawa bersamanya
pelincir KY Jelly, dia mempunyai peluang untuk lari keluar tetapi tidak
berbuat sedemikian, dia tidak menjerit atau meminta pertolongan, dia
boleh duduk minum kopi bersama Anwar selepas adengan liwat itu, dia
tidak terus pergi buat repot polis, dia masih hadir pertemuan bersama
Anwar selepas itu; dan lain-lain faktor yang Karpal dakwa tidak
membuktikan ujudnya elemen paksaan atau tanpa rela!
Sebab
itu ada yang menegaskan bahawa pembuktian yang dikemukakan sekadar
membuktikan kegiatan liwat atas dasar suka sama suka antara Anwar dengan
Saiful, tetapi tidak ada unsur paksaan atau tanpa kerelaan! Pendek
cerita, tidak ada bukti Anwar ‘merogol’ Saiful!
Ini
sinonim dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 semasa
membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu
Bakar, bila Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa “walaupun kami
mempercayai berlaku kegiatan liwat ini, namun bukti mengikut kehendak
Akta Keterangan tidak cukup untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan
jenayah meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!”.
Apa
maksud semua ini? Ini bermakna walaupun terlepas dari segi kehakiman
dan perundangan, tetapi dari segi moral, etika dan politik; akhlak dan
moral Anwar Ibrahim sangatlah diragui untuk melayakkan dia menduduki
kerusi kepimpinan pembangkang, apatah lagi menjadi calon bakal Perdana
Menteri untuk negara umat Islam Malaysia ini!
Dan
itulah pendirian YB Datuk Dr. Hasan Ali semasa menegaskan bahawa Anwar
tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, apatah lagi menjadi calon
Perdana Menteri. Kerana kata Dr. Hasan Ali, Anwar mempunyai masalah
akhlak dan moral yang serius. Sehingga Dr. Hasan Ali membuat keputusan
tidak akan pergi menyertai himpunan untuk mendengar keputusan kes
peribadi Anwar hari ini!
Apapun,
teman mencadangkan kepada Pendakwaraya supaya membuat rayuan kepada
Mahkamah Rayuan untuk mendapat kepastian legal samada kesemua elemen
yang diperlukan untuk membuktikan pertuduhan dibawah Seksyen 377B yang
dikemukakan itu sudah dipenuhi. Lagipun pihak Pendakwaraya berhak
membuat rayuan. Dan teman cukop yakin rakyat pasti mahukan rayuan
dikemukakan, agar proses kehakiman dan keadilan dapat dilaksanakan
secara baik.
Dan
sekarang peluang terbaik untuk Anwar memberikan sampel darahnya kepada
pihak berkuasa termasuk Mahkamah untuk mendapat ujian DNA perbandingan
dengan DNA Lelaki-Y yang ditemui dalam dubur Saiful. Anwar tidak
sepatutnya lagi berdolak dalik, hadapilah kebenaran.
Berikan rakyat hak
untuk mendapat tahu kebenaran. Teman cabar Anwar supaya bersikap saperti
anak jantan, dan serahkan sampel darahnya untuk ujian DNA!
MAHKAMAH ALLAH & SUMPAH LA’NAT
Ketiga,
memandangkan Mahkamah manusia sudahpun membuat keputusan, maka sudah
tiba masa Anwar berani berhadap dengan Mahkamah ALLAH pulak yop! Apa
maksud Mahkamah ALLAH?
Maksudnya ialah Anwar dan Saiful patut menyerahkan hakikat kebenaran aduan kes Anwar meliwat Saiful ini kepada ketentuan Ilahi!
Saiful
sudah berbuat sedemikian dari awal lagi. Setelah mantan Mufti Perlis
Dr. Asri Zainul Abidin memberikan nasihat kepada kedua-dua Saiful &
Anwar supaya membuat sumpah mubahalah, maka Saiful tanpa sedikit pun
keraguan terus mengangkat sumpah “Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya
Saiful Bukhori Azlan dengan ini bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh
Anwar Ibrahim dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur saya. Jika saya
berdusta, maka la’nat ALLAH akan turun keatas saya dan keluarga saya”.
Maka
teman cabar Anwar supaya berbekalkan keputusan Mahkamah sivil itu, dia
sepatutnya tidak lagi berdolak-dalik untuk melakukan sumpah mubahalah
saperti yang dinasihatkan oleh Dr. Asri itu.
Malah
teman mencabar Anwar, berserta dengan Saiful, mengadakan solat hajat
perdana bersama ribuan jemaah lain untuk memohon petunjuk dan hidayah
daripada ALLAH, menadah tangan bersama-sama supaya ALLAH menunjukkan
diantara Anwar dan Saiful; siapa yang benar, siapa yang salah dan
berbohong. Dan kepada yang bersalah dan berbohong itu, diminta ALLAH
menurunkan la’nat kepadanya! Doanya mudah, iaitu tuan Imam hendaklah
berdoa lebihkurang saperti berikut:
“Ya
ALLAH ya Rahman, kami datang kepada Mu Ya ALLAH, dengan segala
kelemahan, kerendahan diri dan kekerdilan kami, kejahilan dan kebodohan
kami, kami memohon kepada Mu Ya ALLAH supaya memberikan petunjuk dan
hidayah kepada kami tentang permasalahan aduan yang dibuat oleh Mohd.
Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dia diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim,
dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful; walhal Anwar Bin
Ibrahim menafikan dia ada berbuat sedemikian!
Maka
dengan kebesaran nama mu Ya ALLAH, dengan lafaz Wallahi, Watallahi,
Wabillahi, kami , termasuk Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhori, memohon
petunjuk dan hidayah daripada Mu, tunjukkanlah kepada kami, didunia ini,
dengan seberapa segera mengikut ketentuan masa Mu Ya ALLAH, siapa
diantara Saiful & Anwar ini yang bercakap bohong Ya ALLAH!
Dan
kami memohon kepada Mu Ya ALLAH, berilah petunjuk dan hidayah Mu itu
dengan menurunkan la’nat dan bala kepada penama yang berbohong tersebut;
dengan cara la’nat dan bala yang bersesuaian mengikut kehendak dan
ketetapan Mu, agar jelas kepada kami siapa yang berbohong diantara
keduanya. Ameen Ya Robbal ‘alamin”.
Syaratnya
kedua-dua Saiful dan Anwar mesti hadir dalam solat hajat perdana
tersebut. Siapa sahaja yang berkelayakan boleh menjadi Imam dan
membacakan doa tersebut. Samada Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Tan
Sri Harussani Zakaria, Dr. Asri Zainul Abidin atau mana-mana individu
lain yang difikirkan layak dan sesuai.
Selepas
mengadakan solat hajat dan memohon doa saperti diatas, maka kita
serahkanlah kepada ALLAH untuk memberikan ketentuan dan taqdir Nya,
insya ALLAH!
Kepada
Anwar, bersujud syukurlah kerana ALLAH masih memberi mike peluang
kedua. Second chance! Bertaubatlah, dan kembalilah kepada kehidupan
Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah! Tinggalkanlah perjuangan
peribadi untuk memuaskan nafsu mike nak menjadi Perdana Menteri. Mike
memang sudah tidak layak memimpin negara umat Islam ini.
Gunakanlah
kesempatan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan membuat persediaan
ke alam kepastian: alam mati! Mike pun sudah berada di umur “subsidi”,
umur yang Rasulullah saw sebut sudah layak masuk pencalonan ahli
barzakh, umur yang pepatah Melayu sebut “rumah kata pergi, kubor kata
mari”. Sudah-sudahlah tu, pergunakan peluang dan ruang yang ALLAH beri
sebaiknya!
Kepada
Saiful, ketewasan didunia bukan bermakna kegagalan selama-lamanya.
Jangan lupa, pembalasan diakhirat menunggu mereka yang menzalimi dan
menganiaya mike. Kesabaran itu kunci ketenangan. Perbanyakkan doa dan
munajat kepada ALLAH Yang Maha Esa, pohonlah kekuatan dan petunjuk
kebenaran kepada Nya. Ingat pesan Rasulullah saw, tidak ada hijab dengan
ALLAH untuk doa orang yang dizalimi. Berdoalah, kerana doa itu senjata
orang muqmin!
Kepada
rakyat Malaysia, walaupun Mahkamah perundangan sudah membuat keputusan,
namun Mahkamah Rakyat juga punya kuasa yang tersendiri. Masih belum
terlewat untuk Mahkamah Rakyat membuat keputusan dan menghukum si
durjana. Gunakanlah kuasa itu sebaiknya. Kembalikanlah maruah dan harga
diri rakyat dan negara ini! Lakukanlah yang ma'ruf, cegahlah
kemungkaran! Pastikan si durjana dihukum sebaiknya dalam Pilihanraya
Umum Ke 13 akan datang. Suara rakyat suara keramat. Hak rakyat hak yang
tidak boleh digugat! Satu undi penentu masadepan agama, bangsa dan
tanahair tercinta ini!
Dan
kepada rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, keputusan
Mahkamah ini sebenarnya membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia dibawah
kepimpina YAB Dato' Sri Najib adalah Kerajaan anak jantan. Kerana ini
adalah Kerajaan yang tidak mahu "berperang" dengan pembangkang didalam
PRU 13 dengan Imam Mahdi pembangkang didalam penjara! Malah Anwar dan
juak-juaknya kaum Anwarinas & Koonyet:2 diberi ruang dan peluang
seluas-luasnya untuk berkempen dan berceramah sampai 'pecah kerongkong'!
Jangan ada yang menggatal nak kata hak demokrasi mereka dicabul, sebab
sang pencabul pun diberi ruang dan peluang berdemokrasi!
YB Zulkifli Noordin
http://liveradio.super-resources.com/category/tv-channels/ <<-- layan AXN, HBo, Fox Movies Premium, Star World Online secara percuma tanpa perlu langgan astro.
ReplyDelete