ANIMSI

home

Followers


Showing posts with label ANWARISME. Show all posts
Showing posts with label ANWARISME. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

BERITA MENGEMBIRAKAN PAS, ANWAR & PENYOKONG PR!



Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa Islam, Melayu dan Raja (IMR) adalah menifestasi yang amat ditunggu-tunggu masyarakat khusus bagi mengembalikan semula tiga elemen yang didakwa telah pudar di negara ini, dan yakin 'tsunami' beliau boleh menumbangkan Pakatan Rakyat (PR) selain membebaskan Pas daripada parasit.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, orang ramai selama ini menanti ada pihak yang memulakan perjuangan ini.

Menurutnya, beliau yakin IMR akan mendapat sambutan hangat secara berterusan, berdasarkan jumlah hadirin dalam siri jelajah beliau dalam minggu ini.

"IMR satu manifestasi, banyak SMS saya terima yang menggambarkan betapa rakyat Malaysia menunggu kedatangan IMR ini.

"Ini kerana cabaran getir yang dihadapi masyarakat, masalahnya pupusnya agama," katanya dalam ceramah "Bersatulah Ummat" di Padang Reformasi, Jalan Kebun, di sini, malam tadi.





70% pro Anwarinas kuasai PAS

Hasan yang memulakan ceramah pada pukul 10.50 malam mula menggamit perhatian pengunjung apabila beliau mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik.

Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.

“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.

“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?

“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.

Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.

Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib. Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.

“Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan menggugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tak meliwat orang, kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.

“Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,” katanya.

Tuesday, 10 January 2012

ANWARISME MENGHANCURKAN PAS! PAS DILANDA MUSIBAH?

gambar seorang peguam sedang berjalan sambil disaksikan penyokong Anwar Ibrahim

Kaum Anwarinas atau digelar oleh ahli-ahli 'hardcore' PAS sebagai PARASIT telah berjaya menumbangkan dan menyingkirkan Hasan Ali. Hasan Ali merupakan pemimpin PAS yang berada paling top untuk disingkirkan, akhirnya tidak lagi menyakitkan mata atau menghalang kaum PARASIT tersebut daripada menguasai PAS setelah dia dipecat oleh Jawatankuasa PAS Pusat dalam satu mesyuarat ringkas yang kemudian memberi alasan Hasan Ali telah melanggar Perlembagaan PAS Fasal (9).

Hasan Ali sebenarnya hanyalah salah seorang daripada pemimpin PAS yang perlu dipancung dan dibunuh. Senarai pemimpin PAS yang perlu dipancung tidak hanya berhenti setakat nama Hasan Ali, sebaliknya wujud juga nama-nama seperti Nasharuddin Mat Isa, Haron Din Al-Hafiz dan Haron Taib, malah Abdul Hadi Awang sendiri.

Suatu ketika dahulu, Allahyarham Hasan Syukri juga menerima nasib yang sama. Apa gelaran yang tidak diberikan kepada Hasan Syukri. Bagaimanapun, kaum Anwarinas begitu bijak dengan meletakkan segala kesalahan serta tuduhan ke bahu Nasharuddin Mat Isa yang mencabar jawatan Timbalan Presiden PAS dan kemudian berjaya mengalahkan Hasan Syukri untuk jawatan tersebut.

Orang tua sakit, orang tua nyanyuk, orang tua patah kaki... itu adalah antara gelaran-gelaran yang diberikan kepada Hasan Syukri yang sepanjang hidupnya, tidak pernah senang dengan Anwar Ibrahim, sekalipun ketuanya iaitu Allahyarham Fadhil Nor menjadikan Anwar sebagai pemangkin kepada kebangkitan PAS pada tahun 1999.

Kejayaan mengeluarkan Hasan Ali daripada kepimpinan PAS akan membuatkan nafsu PARASIT bertambah lebar dan besar. Mata mereka menyorot kepada Nasharuddin Mat Isa yang sudah tentu tidak akan menjadi salah seorang calon pilihanraya di Kelantan setelah Mursyidul Am secara berterus-terang bermusuh dengannya.

Apatah lagi, berbanding Hasan Ali yang lebih popular sekalipun masih baru di dalam PAS, Nasharuddin kelihatan seperti tidak punya sokongan akar umbi PAS walaupun pada masa yang sama, Nasharuddin adalah tangan kanan Hadi Awang, Presiden PAS.

Kehadiran Nasharuddin Mat Isa dan Haron Din Al-Hafiz di rumah Hasan Ali pada malam pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, akan dijadikan bukti bahawa Nasharuddin Mat Isa sangat merbahaya kepada PAS.

Begitu juga dengan Haron Taib sekalipun dia cuba 'memperbetulkan' semula kenyataan awalnya yang membela Hasan Ali. Manakala Haron Din Al-Hafiz pula akan berada dalam senarai paling akhir untuk dicantas memandangkan pengaruh Haron Din Al-Hafiz sangat besar, bukan sahaja di Perlis, bahkan di Selangor sendiri, khususnya di Bandar Baru Bangi.

Gelagat PARASIT-PARASIT tersebut sudah semakin ketara. Serangan terhadap Nasharuddin Mat Isa semakin diperkemaskan. Nasharuddin Mat Isa sudah sewajarnya mencongak hari-hari terakhirnya di dalam PAS kerana masanya untuk dipecat serta disingkirkan semakin mendekat!!!