ANIMSI

home

Followers


Showing posts with label NURUL IZZAH. Show all posts
Showing posts with label NURUL IZZAH. Show all posts

Sunday, 15 January 2012

NURUL IZAH TAK BUAT KERJA?

 
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum berdasarkan prestasi wakil rakyat kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang menurutnya tidak turun membantu penduduk bahagian tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menumpang usaha BN membantu penduduk Lembah Pantai.
“PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakkan dia, bila dia desak, tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini," kata beliau yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.

Nurul Izzah menang di bahagian Lembah Pantai dengan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.
Ia salah satu daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh komponen Pakatan Rakyat (PR).

“Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak sibuk jadi pejuang rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina di Padang Bola Sepak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Taman Seri Sentosa di sini.

Beliau berkata, sikap pemimpin PKR itu menjadikan sokongan rakyat mula beralih arah kepada BN kerana yakin pengundi akan membuat pemilihan atas keupayaan BN yang membantu rakyat.
“BN, Umno, MCA dan parti komponen lain dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri sudah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri.

“Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai, itulah perbezaannya dengan PKR," kata beliau lagi.
Raja Nong Chik menambah, "oleh itu, kita boleh lihat sambutan yang telah ditunjukkan oleh penduduk, BN yakin kita boleh rampas kerusi Lembah Pantai."
Ketika mengulas desas-desus akan bertanding di Lembah Pantai menentang Nurul Izzah, Raja Nong Chik berkata, beliau hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan jika mahu meletakkannya sebagai calon.
Sementara itu, Raja Nong Chik turut menegaskan, isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan mengganggu gugat kedudukan BN untuk menawan kembali Lembah Pantai.

“Kita bagi peluang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan kita tidak boleh menghukum sesiapa pun, jika (Datuk Seri) Anwar Ibrahim boleh dilepaskan dengan pelbagai andaian, kita beri juga peluang menyiasat dengan betul kepada mereka-mereka yang terlibat.

“Kita tidak boleh anggap orang yang bersalah kecuali didapati memang betul bersalah, biarlah penyiasatan berlaku oleh pucuk pimpinan negara,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.

Thursday, 29 December 2011

PANAS IZZAH SKANDAL DENGAN ZAID?? PULAK DAH!!

SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuan-tuan dan puan-puan anggota PKR yang dihormati,


JANGAN BENARKAN NURUL IZZAH BAWA ZAID IBRAHIM SERTAI PKR SEMULA!

Telah menjadi rahsia umum bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim. Dalam sesi pemilihan PKR 2010 yang lalu, Nurul Izzah dan Zaid dilihat telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Namun, hanya Izzah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden sementara Zaid kalah kepada musuh ketat politik beliau, Azmin Ali.

Hubungan rapat Nurul Izzah dan Zaid tetap berlanjutan hingga ke hari ini biarpun selesai pemilihan 2010 dan Zaid dengan penuh dendam telah bertindak mengkhianati PKR dan menubuhkan parti KITA. Penubuhan KITA tidak dilihat sebagai masalah kepada Nurul Izzah yang masih terus dan kerap mengadakan pertemuan dengan Zaid. Hubungan politik mereka diaturkan oleh Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang merupakan bekas hos rancangan Fairly Current Show di bawah produksi Ezra Zaid iaitu anak Zaid Ibrahim. Fahmi dan Ezra adalah kawan baik yang menjadi agen dalam mencatur agenda politik Nurul Izzah dan Zaid.


Maka tidak mengejutkan menjelang pilihanraya umum akan datang, Zaid yang sebelum ini galak menyerang PKR, kini dilihat kembali berlembut dengan PKR sehingga tanpa segan silu berani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan yang kini dipegang oleh YB Hee Loy San. Menurut beberapa sumber dalaman dari Parti KITA, Nurul Izzah dan beberapa orang pimpinan PKR yang lain telah bersetuju melobi Zaid untuk bertanding  menggunakan tiket PKR atau PAS. Hal ini menyebabkan Zaid telah mengeluarkan kenyataan bahawa KITA tidak akan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.


Pastinya Zaid yakin dengan kemampuan Nurul Izzah untuk mengaturkan peluang bagi dirinya bertanding menggunakan tiket PKR dan platform Pakatan Rakyat. Sebagai Naib Presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula.


Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan anggota dan pendukung PKR seluruhnya supaya mengambil perhatian serius berhubung perkembangan ini. Ingatlah siapa Zaid Ibrahim, yang dahulunya pernah mencaci dan menghina kepimpinan PKR termasuk mengaibkan Anwar Ibrahim sebagai “pemimpin yang bermasalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan juga pernah melabel mantan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali sebagai “si tua nyanyuk”.


Perlu diingatkan bahawa ketika mana parti sedang berdepan dengan kemungkinan akan kehilangan Anwar Ibrahim, pastinya ada anasir jahat dari luar yang tidak akan berhenti dari memecahbelahkan parti. Jangan kita benarkan seorang lagi ‘Hasan Ali’ muncul di dalam PKR. Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya. Keutuhan parti perlu dipertahankan. Jangan benarkan Nurul Izzah membawa Zaid Ibrahim kembali ke dalam PKR!


REFORMASI!!!
-semut

psssssst: Anak Papa Hebat ni bukanya pandai nak menguruskan parti apatah lagi nak memimpin negara alamat Lingkup la wei..

Tuesday, 22 November 2011

NURUL IZZAH KANTOI TERBUKA RAHSIA ANWAR DULU??


Si Nurul Izzah ni secara tak sengajanya telah mendedahkan rahsia Papanya sendiri.
Benda yang tak sepatutnya dicerita pun, dihebohkannya juga.

Semuanya berkaitan dengan duit akaun dia yang bernilai beratus juta didalam Bank Israel sebelum ini. Sampai sekarang, dia hanya mendiamkan diri sahaja.

Tetapi, dalam penafian yang dibuat sebelum ini, pihak Nurul Izzah menjelaskan bahawa akaun tersebut hanya merupakan akaun ulang tayang yang pernah didedahkan dulu.

Kalau dulu, nama anak - anak Tun Mahathir telah digunakan sama seperti nama Nurul Izzah dan juga adik beradiknya.

Maka mereka mengatakan bahawa apa yang didedahkan sebelum ini adalah fitnah ulangan yang pernah dibuat dahulu.

Cuba korang fikir betul - betul. Diorang kata ianya Fitnah Ulangan. Bermakna yang dulu pun merupakan satu Fitnah juga terhadap keluarga Tun Dr. Mahathir.

Jika tidak, kenapa ianya digelar sebagai Fitnah Ulangan kalau yang dulu bukan satu fitnah? Kan dah terbongkar 

KLIK SEMUT