ANIMSI

home

Followers


Wednesday 25 July 2012

TERKINI!! TERIMA KASIH PM! BONUS RAYA SETENGAH BULAN!!



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
- Bernama

PSssssssst: Ahli Pas cakap haram kah kah kah.. bila la nak berubah pembangkang ni.. apa pun tq PM.. boleh dikatakan majoriti rakyat dapat duit ni.. felda,brim,broom,bonus dan banyak lagi.. Kalau nak harap Pembangkang.. sorry la bos.. nak kena persetujuan dap pun macam laknat nak terima. Itu belum dengar ustaz Pas lagi..

2 comments:

  1. RM 500 atau setengah bulan gaji BUKAN lah banyak mana pun, tetapi ianya amat bermakna kepada kakitangan awam dan pesara, terima kasih PM. Pembangkang seperti biasa akan kata ini gula-gula pilihanraya, pedulikanlah mereka. Rakyat keseluruhannya bersyukur dengan pemberian kerajaan BN ini dan akan memastikan kerajaan yang menepati janji ini terus menerajui Malaysia ke arah kecemerlangan sebuah negara bangsa. TAHNIAH pemikir politik JERANTUT juga.

    ReplyDelete