ANIMSI

home

Followers


Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts
Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts

Tuesday, 1 November 2011

PANAS: KES CABUL, LIM GUAN ENG DI CABAR NAFIKAN!!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar tampil menafikan dakwaan yang cuba mengaitkan anak lelakinya dengan satu kejadian mencabul seorang gadis bawah umur.


Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, setakat ini yang membuat penafian adalah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan bukannya Guan Eng.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, Guan Eng yang merupakan seorang pemimpin serta bapa kepada anaknya itu tidak harus takut untuk membuat penafian secara terbuka.

“Saya mewakili sebahagian rakyat mahu bertanya kepada Guan Eng tentang perkara ini. Rakyat mahu tahu perkara yang sebenar. Mengapa Guan Eng tidak mahu membuat penafian? Mengapa pula suruh orang lain menjadi wakilnya?
“Guan Eng sebagai seorang pemimpin dan bapa wajar mengambil tanggungjawab membuat penafian tersebut tanpa melibatkan orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 19 Oktober lalu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menafikan dakwaan yang mengaitkan anak lelaki Guan Eng yang juga cucu kepada bekas Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dengan kejadian mencabul seorang gadis bawah umur.

Gadis itu kata Pua, tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang atau pernah menjalin hubungan dengan anak Guan Eng kerana gadis terbabit kini sedang melanjut pengajian di sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan mengenai kejadian cabul itu mula panas apabila beberapa blog antaranya http://www.papagomo.com, http://novandri.blogspot.com dan http://medan-info-kita.blogspot.com mendakwa, kepimpinan DAP cuba menutup satu kes cabul membabit anak pemimpin parti tersebut.
Menyentuh isu sama, Hasan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, selain itu Guan Eng perlu membuat laporan polis atas kedudukannya sebagai seorang bapa bagi menyiasat dakwaan itu, sekiranya ia tidak benar.

Katanya, melalui laporan tersebut, polis boleh melakukan siasatan sama ada dakwaan berkenaan adalah benar atau sebaliknya.
“Seperti yang saya sebutkan tadi Guan Eng tidak harus takut. Jika dakwaan itu tidak berasas Guan Eng tidak perlu ragu-ragu untuk tampil membuat penafian secara terbuka dan kemudian membuat satu laporan polis.

“Moga-moga dengan dua langkah ini ia dapat menjawab dakwaan yang dilemparkan terhadap anak Guan Eng tersebut,” katanya.

Pssssssst: AMACAM LIM? ADA BERANI KA??

LIM NAK KENA BAMBU, LIM TUDUH UMNO LAGI?????????

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicuL83vnuAGtYKwORpSjMGHF-t4AJ5mSpEWeiFzyI6fOSfsY8PU6lkO26ZMcjcwxnHzTMFdB9GlnXillGUafUTLxSFDCY_jyhMbV22LoX0_KztnwG4BgAYnghDUsqSsetlwGO_ovQ-R7Ss/s400/LimGuanEng.jpg
  Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang betul-betul kesal dengan dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya UMNO terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan membantah kepimpinannya semalam.

Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) mengulas dakwaan oleh Guang Eng itu adalah ibarat “cakap ikut suka hati” kerana Ketua Menteri tidak mempunyai sebarang bukti.
Katanya, Guan Eng telah membuat tuduhan kononnya UMNO terlibat dalam perarakan itu sedangkan ia dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Guang Eng ketika Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) sedang membahas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Semalam, polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Guan Eng.
Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah hari dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri

pssssssst: Bodohnya la DAP ni..sikit-sikit tuduh UMNO..bongok!!

Tuesday, 18 October 2011

PANAS_PANAS!!!:Meh Bace pasal Ramas Buah Dada..Lim Malu Dan Tak Nak Dah!!!

http://homefamilysite.com/blog/wp-content/uploads/2011/07/payudara-kecil.jpg
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malu teramat sangat dengan tindakan penulis blog yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mendedahkan kehidupan anak remajanya yang meramas buah dada. 

  Dalam satu kenyataan media, dek kerana tersangat malu,Lim Guan Eng(Ketua Menteri Pulau Penang) menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang mendedahkan cerita tersebut untuk tidak berbuat demikian dengan melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan isu tersebut untuk menamatkan karier politiknya kerana isu ini sangat memalukan beliau.

Beliau mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umnoyang cuba mendedahkan kes tersebut kerana akan menyebabkan imej bersihnya tercalar.


pssssssst: Apela kau LIM?? sekarang tiba masa kau tak boleh??? adui..Wahai dunia lihat pemimpin ini!!!! sudah tersalah tidak mahu mengaku..

Tuesday, 27 September 2011

PANAS: LIM GUAN ENG, MEMANG CILAKA!!, PEMUDA UMNO KASI PANAS BADAN!!




 Pemuda UMNO menerusi Pemuda UMNO Johor akan menyerahkan memorandum kepada DAP negeri itu berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memburukkan negeri Johor baru-baru ini

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata memorandum berkenaan akan diserahkan kepada DAP Johor agar Setiausaha Agung mereka menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada Sultan dan rakyat Johor serta rakyat Malaysia.
UTUSAN:

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Apakah Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menafikan lagi kenyataannya sendiri yang memburuk-burukkan negeri Johor semasa pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini setelah ia terdedah kepada umum?
Pendedahan transkrip pada pertemuan itu oleh beberapa blog hari ini, mencetuskan bantahan meluas khususnya daripada rakyat Johor kerana Guan Eng sebelum ini menafikan beliau berbuat demikian .
Malah beliau yang cuba mempertahankan dirinya dengan mendakwa media sengaja memutar-belit kenyataannya dalam satu temu bual dengan Radio Australia, mahu menyaman Bernama jika agensi berita itu enggan memohon maaf.
Berikutan itu, pelbagai pihak hari ini mendesak Guan Eng agar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor dan seluruh warga Malaysia kerana tindakannya memburuk-burukkan negeri itu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak perlu lagi menegakkan benang basah.
"Dalam pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini, Guan Eng dengan jelas memburuk-burukkan negeri Johor apabila berkata, negeri itu berbahaya khususnya kepada rakyat Singapura. Ini satu kenyataan paling tidak bertanggungjawab.
"Sebelum ini dia menuduh media (Bernama) berbohong tetapi bukti terbaharu jelas menunjukkan dia sebenarnya yang berbohong. Kenapa dia perlu memburuk-burukkan negeri Johor?.
"Dia kena sedar, kenyataan sedemikian akan menyebabkan pelabur takut untuk melabur di Malaysia. Bukan sahaja Johor, Pulau Pinang juga akan menerima kesan jika pelabur lari ke negara lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Dalam pada itu, nada sama turut disuarakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang menuntut Guan Eng agar bertindak secara 'gentleman' dengan mengakui kesalahannya dan menarik balik semua kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut.
Katanya, perbuatan Setiausaha Agung DAP itu memburuk-burukkan Johor sangat melampau dan tidak boleh diterima kerana ia secara langsung turut memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia, sedangkan selaku pemimpin, Guan Eng sepatutnya membela negara sendiri.
"Dia bukan sahaja memburuk-burukkan Johor tetapi Malaysia secara keseluruhannya. Kalau Johor tidak selamat, Pulau Pinang pun sama. Sebagai Ketua Menteri sepatutnya dia mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi, bukan membuat kenyataan melampau begini," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mencabar DAP supaya mengambil tindakan tatatertib ke atas Guan Eng, sama sebagaimana hukuman yang dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.
Jelasnya, jika Manoharan digantung selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang, Guan Eng juga layak untuk menerima hukuman yang sama kerana kenyataannya lebih berat iaitu memburuk-burukkan Johor dan negara.

 PSSSST: PPj dah cakap DAP haram jadah!! memang cilaka..