Sehingga petang tadi ppj dan blogger Laksamana Jebat menanti berita terkini dari balai polis tempat pemimpin kanan parti pembangkang di Negeri Pahang ini yang telah ditahan polis berhubung kes rogol anak bawah umur.
Namun maklumat terperinci masih tidak dapat didedah kerana kertas siasatan masih dijalankan. Apa yang ppj dapat tahu petang tadi Pemimpin tersebut tidak mengaku memperkosa anak kandung beliau yang masih dibawah umur. Bukan sahaja mengandung malah telah melahirkan anak hasil perbuatan terkutuk itu.
PPJ agak terkejut beruk. Mana taknya tertuduh merupakan pemimpin tertinggi pembangkang dan beliau merupakan bekas calon dari sebuah parti pembangkang di negeri ini. Adik beradik pemimpin ini juga merupakan pemimpin besar parti pembangkang diperingkat nasional.
Boleh dikatakan dikalangan keluarga ulamak besar.Kalau nak dedahkan 1 Malaysia kenal siapa pemimpin besar yang ppj maksudkan ini. Oleh kerana media masih tidak membenarkan berita ini tersebar maka ppj dan blogger laksamana Jebat terpaksa rahsia nama tertuduh dan adik beradik dan saudara tertuduh.
pSSSST: Bertalu-talu ppj terima panggilan sahabat-sahabat yang mahu mengesahkan berita ini tadi. .

