SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT
Tuan-tuan dan puan-puan anggota PKR yang dihormati,
JANGAN BENARKAN NURUL IZZAH BAWA ZAID IBRAHIM SERTAI PKR SEMULA!
Telah
menjadi rahsia umum bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar
mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim. Dalam
sesi pemilihan PKR 2010 yang lalu, Nurul Izzah dan Zaid dilihat telah
mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik
mereka. Namun, hanya Izzah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden
sementara Zaid kalah kepada musuh ketat politik beliau, Azmin Ali.
Hubungan
rapat Nurul Izzah dan Zaid tetap berlanjutan hingga ke hari ini biarpun
selesai pemilihan 2010 dan Zaid dengan penuh dendam telah bertindak
mengkhianati PKR dan menubuhkan parti KITA. Penubuhan KITA tidak dilihat
sebagai masalah kepada Nurul Izzah yang masih terus dan kerap
mengadakan pertemuan dengan Zaid. Hubungan politik mereka diaturkan oleh
Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang merupakan bekas hos
rancangan Fairly Current Show di
bawah produksi Ezra Zaid iaitu anak Zaid Ibrahim. Fahmi dan Ezra adalah
kawan baik yang menjadi agen dalam mencatur agenda politik Nurul Izzah
dan Zaid.
Maka
tidak mengejutkan menjelang pilihanraya umum akan datang, Zaid yang
sebelum ini galak menyerang PKR, kini dilihat kembali berlembut dengan
PKR sehingga tanpa segan silu berani menawarkan diri untuk bertanding di
kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan yang kini dipegang oleh YB Hee
Loy San. Menurut beberapa sumber dalaman dari Parti KITA, Nurul Izzah
dan beberapa orang pimpinan PKR yang lain telah bersetuju melobi Zaid
untuk bertanding menggunakan tiket PKR atau PAS. Hal ini menyebabkan
Zaid telah mengeluarkan kenyataan bahawa KITA tidak akan bertanding di
mana-mana kawasan sekiranya menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.
Pastinya
Zaid yakin dengan kemampuan Nurul Izzah untuk mengaturkan peluang bagi
dirinya bertanding menggunakan tiket PKR dan platform Pakatan Rakyat.
Sebagai Naib Presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar
Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan
setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan
Rakyat semula.
Saya
menyeru tuan-tuan dan puan-puan anggota dan pendukung PKR seluruhnya
supaya mengambil perhatian serius berhubung perkembangan ini. Ingatlah
siapa Zaid Ibrahim, yang dahulunya pernah mencaci dan menghina
kepimpinan PKR termasuk mengaibkan Anwar Ibrahim sebagai “pemimpin yang
bermasalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan juga pernah
melabel mantan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali sebagai “si tua
nyanyuk”.
Perlu
diingatkan bahawa ketika mana parti sedang berdepan dengan kemungkinan
akan kehilangan Anwar Ibrahim, pastinya ada anasir jahat dari luar yang
tidak akan berhenti dari memecahbelahkan parti. Jangan kita benarkan
seorang lagi ‘Hasan Ali’ muncul di dalam PKR. Nurul Izzah perlu sedar
bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya
akan merestui semua tindakan politiknya. Keutuhan parti perlu
dipertahankan. Jangan benarkan Nurul Izzah membawa Zaid Ibrahim kembali
ke dalam PKR!
REFORMASI!!!
-semut
psssssst: Anak Papa Hebat ni bukanya pandai nak menguruskan parti apatah lagi nak memimpin negara alamat Lingkup la wei..
No comments:
Post a Comment