Penyokong tegar sejak sekolah yakin pendedahan ‘Datuk T’
Osman Ishak, bapa bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim,
berhenti daripada menyokong Ketua Pembangkang itu selepas menonton video
seks yang didakwa mirip penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan
dengan membuat kesimpulan bahawa ada asas individu terbabit boleh
melakukan perkara yang lebih menjijikkan.
Penyokong tegar Anwar sejak di bangku sekolah dan pernah menjadi
Ketua Perhubungan PKR Pahang, manakala anaknya, Rahimi pernah bertugas
dengan Anwar itu berkata, video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ dan
kemudian disiarkan menerusi blog juga menukar pendiriannya terhadap
Anwar.
“Akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan
orang yang diperkatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan
gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu… itulah kesimpulan
saya,” katanya dalam temuramah yang disiarkan sebuah akhbar Mingguan
Malaysia, kelmarin.
“Tambahan pula apabila melihat dolak-dalih mereka sekeluarga dalam
isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah.
Rasa kemungkinan besar betul, mungkin ada merit untuk kes terdahulu.
Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap
ketuanya. Saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini yang hanya
mendengar dari cerita orang saja,” katanya yang dipetik oleh akhbar
berkenaan.
Osman berkata, taksub terhadap Anwar menyebabkan beliau pernah
berbalah dengan anaknya, Rahimi, yang pernah menjadi Setiausaha Sulit
Anwar selepas anaknya menceritakan perilaku ketuanya.
“Bila Rahimi beritahu dia meninggalkan Anwar (meletakkan jawatan),
saya sangat terkejut, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang
berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan
perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi.
“Kebetulan selepas Rahimi menceritakan sebab (mengapa dia berhenti),
dia membawa ke satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita mengenai
individu sama. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus dan
meninggalkan PKR serta pembangkang.
“Keputusan mahkamah, baru-baru ini semakin melegakan saya kerana kini
kesimpulan yang saya buat adalah betul. Ini kerana sejak hari pertama
hingga penghujung kes, teori konspirasi ini dicanangkan bagi mengaburi
mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah sebaliknya.
“Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang
sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi
saya, tapi selepas keputusan mahkamah, saya menolak 100 peratus PKR dan
pembangkang,” katanya.
Rahimi sebelum ini turut menggemparkan PKR apabila mendedahkan dia
dipaksa untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan
isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar
berhubung kes liwat.
Tak teruja langsung.Kalau video meliwat tu, Abang Pooki ni terujalah.
ReplyDelete