Keluarga
Muhdalina Ahmad yang bersama lelaki mengamuk dengan pedang pedang
samurai, Khalil Afandi Abd Hamid mendakwa wanita itu mungkin dipukau.
Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Yusof, berkata dia telah berkelakuan ganjil baru-baru ini.
“Saya
perasan dia sangat obses tentang lelaki itu walaupun hanya mendapat
tahu tentang dirinya melalui blog,” katanya, sambil menambah bahawa dia
mengetahui tentang hubungan dalam talian antara isterinya dengan lelaki
terbabit.
“Saya
rasa dia hanya mengenalinya minggu lepas. Saya tidak fikir dia dengan
mudah akan mengikut lelaki itu untuk melakukan perkara-perkara seperti
itu. Mungkin dia telah dipukau,” kata Yusof, yang berasal dari Klang
yang datang melawat Muhdalina yang sedang dirawat kerana cedera terkena
tembakan di hospital dekat sini.
Pekerja
di Pelabuhan Klang itu berkata dia dan isterinya tinggal bersama dua
anak mereka, Mohd Fariz Khorizmi, 2, dan Ratisha Mia, 1, di Rantau
Panjang, Klang.
Pemeriksaan
di wad pengasingan hospital mendapati seorang wanita berselendang hitam
berbaring di atas katil yang dijaga oleh dua anggota polis wanita. Dia
telah diletakkan di bawah reman oleh pihak polis.
Lagi[mStar Online]
No comments:
Post a Comment