Laman pro pembangkang, suarapakatanrakyat.com meramalkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 akan dilakukan pada bulan September 2012.
“Semua ini bagi memastikan pilihanraya umum dapat diadakan pada bulan
September ini, iaitu pada bila-bila masa antara tempoh selepas hari
raya dan sebelum pembentangan bajet 2013 diadakan,” ramal laman itu.
Sementara itu, difahamkan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) telah
meluluskan lima badan pemikir untuk menjadi pemerhati bebas dalam PRU
13.
Badan-badan tersebut adalah IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), ASLI (Asian Strategy and Leadership Institute), TIM (Transparency International-Malaysia), PROHAM (Promotion of Human Rights) dan Merdeka Center.
Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan ketika memberitahu Malaysiakini
meluahkan kekecewaan kerana badannya tidak dipilih oleh SPR, sedangkan
ABIM berpengalaman dalam PRU dan pernah berkerjasama dengan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) semasa Pilihanraya Umum 1999.
Walaupun mempertikaikan krebiliti dan pengalaman kelima-lima badan
yang diluluskan SPR itu, namun ABIM menyatakan kesediaannya untuk
bekerjasama dengan badan-badan tersebut.
pssssst: Pru 13 pas akan mengeluarkan berbagai fatwa dan Anwar akan menipu rakyat ketahap yang maksimum!
yb Jamban dijangka akan kalah teruk dalam pru 13!!
No comments:
Post a Comment