Marah bukan kepalang
Anwar Ibrahim apabila mantan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau
Zam melabel Ketua Pembangkang itu dan sahabatnya baiknya, bekas Presiden
Indonesia, B.J. Habibie sebagai 'anjing-anjing imperialis'.
Hujah Zam, gelaran
tersebut sesuai sekali terpakai kepada kedua-dua tokoh politik itu
kerana peranan mereka yang telah memporak perandakan negara
masing-masing.
Saat Habibie menjadi
Presiden Indonesia setelah Suharto di jatuhkan oleh gerakan reformasi,
antara langkah pertama beliau ialah tunduk kepada kuasa Barat untuk
diadakan pungutan suara bagi pemisahan wilayah Timur Timor.
Timur Timor yang telah
menjadi sebahagian daripada Indonesia sejak 1975 akhirnya dikorbankan
dan menjadi negara merdeka pada 1999 dan dikenali sebagai Timur Leste.
Kedaulatan wilayah Indonesia telah dimangsakan semasa Habibie memimpin negara itu.
Kelemahan kepemimpinan
Habibie menyebabkan kuasa Zionis-Yahudi menyusup masuk dan menggenakan
tekanan hebat ke atas seorang yang lemah sepertinya.
Pada ketika sama di
Malaysia, Anwar dipecat oleh Dr Mahathir pada 2 September 1998 dan
beliau dengan serta merta mentransformasi dirinya dalam tempoh 24 jam,
menjadi jaguh rakyat dan melancarkan gerakan reformasi jalanan yang sama
seperti di Indonesia.
Ketika negara sedang
melalui tempoh yang amat getir dan mencabar akibat serangan penyanggak
matawang, George Soros terhadap ekonomi negara-negara rantau Asia
Tenggara, Anwar pula menambahkan tekanan dengan tujuan untuk
menjahanamkan Malaysia.
Tujuannya ialah untuk
menjatuhkan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu dan seterusnya
melantik dirinya sebagai Perdana Menteri.
Kerosakan yang dibawa
oleh kedua-dua individu ini kepada negara masing-masing sememangnya
harus dikenang dan diingati oleh generasi mendatang agar menjauhi
dipimpin oleh karektor seperti mereka.
Maka tidak salah kalau
Zam meletakkan status mereka setaraf dengan 'dogs of imperialism' kerana
amat secocok sekali dengan pembelotan yang telah mereka lakukan.
Tidak terkejut apabila
ada badut seperti Azmin Ali yang akan meluru ke depan untuk
mempertahankan bosnya, walaupun perbuatan yang dilakukan Anwar boleh
dikategorikan sebagai khianat peringkat tertinggi.
Memang sepadan gandingan Anwar dan Habibie kerana mereka adalah cerminan satu sama lain.
Jika Habibie adalah Bapa
Pluralisme di Indonesia, di Malaysia pula terdapat sekutunya yang
memegang fahaman yang sama iaitu Anwar.
Hanya bezanya, Habibie
lebih berani daripada Anwar untuk memertahankan fahaman pluralisme
berbanding Anwar yang menyorok di belakang kawannya itu.
Antara Habibie dan Anwar
dalam berhujah mengenai ideologi pluralisme yang songsang itu, nyata
Ketua Umum PKR itu jauh lebih bacul.
Apa tidaknya, ketika
Nurul Izzah dibelasah media berhubung isu kebebasan beragama bagi orang
Melayu, Anwar hanya mampu mempersalahkan media arus perdana yang
dituduhnya memutar belit kenyataan anaknya.
Anwar tidak ada kemampuan
intelek dan pemahaman mendalam untuk tampil menegakkan aliran pemikiran
pluralisme yang dikongsi bersama Nurul Izzah.
Dari segi ini, nampaknya
Habibie lebih berani dan terserlah kejantanannya daripada Anwar,
walaupun fahaman pluralisme ditolak oleh Islam.
Apa yang mampu dibuat oleh Anwar hanyalah menyerang UMNO dan Perdana Menteri dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah.
Selain mencaci dan
mencemuh kerajaan pada siri ceramah di seluruh negara, Anwar tidak
berupaya untuk mencetuskan idea yang boleh mengangkat martabat agama,
bangsa dan negara.
Anwar yang mahu menjadi politikus yang bergerak di atas simpatisan rakyat dan landasan politik picisan.
Tidak pernah rakyat
mendengar dari mulutnya mahupun tercatat di dalam Buku Jingga yang
dijulang puak pembangkang, bagaimana perjuangan Pakatan Rakyat mahu
menobatkan bangsa Melayu dan Islam.
Tidak mungkin tawaran
murahan dan populis seperti menurunkan harga minyak petrol, menghapuskan
PTPTN dan tol lebuhraya, mahupun mengambilalih IPP mahupun berdaya
untuk melonjakkan kemajuan ekonomi negara ke tahap yang lebih
kompetitif.
Maka ajakan Anwar untuk
berdebat dengan Perdana Menteri hanyalah gimik politik untuk menakjubkan
rakyat dengan retorik kosong melalui kepetahan bersyarah, tidak lebih
daripada itu.
No comments:
Post a Comment