ANIMSI

home

Followers


Monday 17 December 2012

DAP KEPANASAN!! DAP COVER...LANTIK SENATOR...


NAK COVER , DAP TERPAKSA LANTIK ...




Hebat sangat lakonan “opera” yang dilakonkan oleh Setiausaha Agung DAP, 
Lim Guan Eng, yang kononnya kecewa apabila tiada calon berbangsa Melayu 
yang menang di dalam pemilihan pucuk pimpinan utama DAP pada Kongres 
Kebangsaan DAP kali ini.

Kononnya, kerana kecewa dan mengakui kebolehan bangsa Melayu,
 Guan Eng akan melantik dua orang wakil bangsa Melayu yang dianggap 
“berkebolehan” di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) partinya.

Mereka yang dilantik ialah dua orang Melayu yang telah “dicucuk hidung” 
dan berfahaman liberal iaitu Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar.

Selain itu, Guan Eng juga menegaskan bahawa DAP akan meletakkan
 calon berbangsa Melayu bagi mewakili parti itu bertanding pada 
PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun dia tidak menamakan calon tersebut…

Persoalannya, apakah Setiausaha DAP itu benar-benar ikhlas 
di atas lantikan kedua “pengkhianat agama, bangsa dan negara” itu?

Benarkah Zairil dan Ariffin merupakan dua individu yang berkebolehan dan betul-betul bagus untuk rakyat, khususnya masyarakat Melayu di negara ini?

Mengapa pula DAP perlu melantik Zairil dan Ariffin sedangkan mereka berdua kalah teruk di dalam pemilihan tersebut secara demokrasi? Apa yang istimewanya mereka berdua sehingga menafikan calon-calon CEC lain yang tewas?

Guan Eng cuba menjustifikasikan bahawa perlantikan Zairil dan Ariffin adalah simbolik mewakili bangsa Melayu.

Tidakkah dia tahu bahawa boleh dikatakan hampir seluruh negara 
mentafsirkan bahawa tindakan tersebut merupakan satu penghinaan 
kepada bangsa Melayu yang memerlukan lantikan “simpati” dari sebuah parti yang berteraskan sifat “chauvinis ultra kiasu”.

Kalau mereka kalah bertanding dan tidak menjadi pilihan para perwakilan, 
maka mereka tidak layak untuk menyertai CEC. 
Jika mereka dilantik, ia tidak adil sama sekali bagi calon-calon lain yang
 tewas dan tindakan tersebut sangat bertentangan dengan semangat demokrasi, bukan?

Kalaulah saya ditempat Zairil atau Ariffin, lantikan tersebut merupakan satu
 penghinaan pada saya dan saya tidak mungkin akan menerima lantikan 
tersebut sekiranya saya punya harga diri sebagai seorang pemimpin Melayu.

Untuk apa Guan Eng berlakon “kecewa” bila tiada calon berbangsa Melayu 
yang menang di dalam pemilihan tersebut?

Ketua Menteri itu perlu akui dan sedar betapa bangsa Melayu ditolak sama 
sekali di dalam DAP dek kerana sentimen dasar
 serta budaya benci Melayu yang diamalkan oleh kerajaan pimpinannya di Pulau
 Pinang.

Pada saya, mungkin juga lantikan kedua “mangkuk” tersebut adalah untuk 
menutup mulut ramai pihak yang sedar tentang
 kedudukan bangsa Melayu yang tidak mendapat tempat di dalam parti
 tersebut.

Jika benar DAP akan mencalonkan calon Melayu mewakili DAP pada PRU ke-13 nanti, saya yakin bahawa kedua “kambing”
 itu akan tercalon kelak. Parlimen atau DUN mana yang akan mereka
 pertandingkan, itu saya tidak tahu.

Namun, apakah mereka boleh menang bertanding nanti? Mahukah
 orang-orang DAP mengundi calon-calon Melayu tersebut?

Bukan apa, kalau benar mahu mereka akan dipertandingkan, rasanya 
elok letakkan di Parlimen atau DUN yang ditandingi
 PAS atau Melayu PKR sebelum ini. Takut mereka kalah pula nanti bila 
orang DAP balas dendam terhadap mereka…

Pada Zairil dan Ariffin, kalau benar-benar muka tak malu, terimalah lantikan “istimewa” itu. Mungkin selepas itu mereka
 berdua akan terus menjadi “budak suruhan Dinasti Lim” yang menguasai parti “kembar” PAS itu, kan?

MYKMU

No comments:

Post a Comment