KUALA LUMPUR 15 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) diarah menjadikan video mohon maaf pasangan Alvin Tan
dan Vivian Lee yang dimuat naik dalam YouTube sebagai bukti siasatan
terhadap tindakan mereka mempersenda bulan Ramadan yang menyentuh
sensitiviti umat Islam baru-baru ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari
berkata, pasangan itu telah hadir ke SKMM pagi ini bagi dirakam
kenyataan untuk membantu siasatan pihak berkuasa.
"Saya dimaklumkan oleh SKMM kedua-duanya telah hadir pagi ini.
Setakat ini SKMM hanya boleh melakukan siasatan dan dakwaan hanya akan
diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.
"Pihak polis juga telah menerima aduan. Siasatan akan dilakukan
tetapi terpulang kepada pihak pendakwaraya untuk membuat keputusan
terhadap pasangan itu,'' katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari
ini.
Johari memberitahu, kes yang melibatkan pasangan itu disiasat di
bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298
Kanun Keseksaan.
KERAJAAN MALAYSIA SILA LA JANGAN JADI LEMBAB!!
No comments:
Post a Comment