ANIMSI

home

Followers


Showing posts with label sokongan Pas Merosot. Show all posts
Showing posts with label sokongan Pas Merosot. Show all posts

Thursday, 29 September 2011

PANAS: SOKONGAN RAKYAT TERHADAP PAS MEROSOT!!



PONTIAN 29 Sept. - Tindakan Pas menimbulkan isu pelaksanaan hukum hudud merupakan suatu muslihat politik untuk mengembalikan sokongan masyarakat terutamanya di kalangan pengundi Melayu terhadap parti itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas sedar sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu terjejas teruk berikutan keputusannya tidak mahu membentuk Negara Islam, sebaliknya kini mahu menubuhkan Negara Berkebajikan.
"Ia adalah muslihat politik Pas kerana dia tengok akhir-akhir ini sokongan terhadap Pas terjejas dengan teruk. Sebahagian daripada penyokongnya tidak berpuas hati dengannya,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi, di sini hari ini


Psssssssst: Pas sepatut perlu berani menegakkan prinsip parti itu bukanya hanya mengikut telunjuk DAP yang hanya mengambil kesempatan keatas pengundi melayu didalam Parti PAS.