ANIMSI

home

Followers


Showing posts with label PAS SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label PAS SELANGOR. Show all posts

Thursday, 12 July 2012

HAH! INI BUKTI PAS KENE BODOH DENGAN DAP! NIK AZIZ SILA BACA!!



Mana satu yang betul? Ini yang boleh peningkan kepala bila tiga pemimpin PAS Selangor memberi pendapat berbeza dalam isu peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengasingkan lelaki dan wanita belum berkahwin ketika menonton wayang di daerah itu.


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pertahan keputusan MDKS tetapi ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad kata itu hanya notis macam amaran larang orang Melayu Islam beli arak dan nombor ekor.
Ketua mereka, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula dakwa keputusan itu dibuat Jabatan Perlesenan MDKS sewaktu pengeluaran lesen dahulu dan belum dibawa ke peringkat mesyuarat penuh majlis.
Namun yang pasti cadangan dan pelaksanaan tersebut dibuat Ahli Majlis MDKS mewakili PAS.
Jadi ‘flip flop’ pula bila teliti kenyataan Khalid, Dzulkefly dan Dr Rani yang berbeza-beza itu.


Apapun, semua itu tidak lebih wayang PAS untuk jaga hati Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu yang arahkan pelaksanaan garis panduan pisahkan lelaki dan wanita  belum berkahwin dalam pawagam ditangguhkan sehingga kajian menyeluruh mengenainya selesai.
Arahan itu dibuat selepas media melaporkan panduan baru yang diperkenalkan MDKS terhadap pengunjung panggung wayang milik Lotus Five Star Cinemas bertempat di pusat membeli-belah 1 Plaza.
Garis panduan itu menghendaki pengunjung lelaki dan wanita yang belum berkahwin agar diasingkan kedudukan tempat duduk ketika menonton wayang.
Peliknya, cepat sungguh Ronnie keluarkan arahan itu sedangkan dalam isu kebimbangan rakyat Selangor pasal rumah urut yang tumbuh macam cendawan selepas kerajaan PKR memerintah, wakil rakyat DAP itu buat-buat tidak dengar saja.
Bukan rahsia lagi beribu-ribu rumah urut terutama tanpa lesen di kawasan pinggir dan luar bandar naik satu demi satu sedangkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor, jumlahnya cuma beratus sahaja.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga jaga Hal Ehwal Agama Islam mengakui perkara itu selepas pendedahan Utusan Malaysia tidak lama dulu.
Beliau janji nak ambil tindakan tetapi hingga sekarang yang bertindak hanya polis dan pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen.
Dalam isu peraturan MDKS, Khalid masih tutup mulut kerana Ronnie awal-awal lagi sudah bersuara.
Amat menghairankan suara Ronnie buat pemimpin PAS akur saja padahal arahan itu berkaitan tuntutan agama yang melarang bukan muhrim berdua-duaan.
Sepatutnya PAS Selangor secara total menyokong  peraturan itu lagipun ianya dicadangkan ahli majlis dari PAS selepas aduan orang ramai terutama ibu bapa yang membawa anak-anak menonton tetapi ada pasangan lelaki dan wanita pula ‘berlakon’ aksi tidak senonoh dalam pawagam.
Ini diakui sendiri Khalid Samad kerana katanya pawagam tempat awam bukan tempat pasangan  memadu kasih.


Bila tiga pemimpin PAS ini ‘flip flop’, teringat kes Datuk Dr Hasan Ali dalam serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utama tahun lalu.
Khalid dilihat menentang tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan isu itu berlarutan hingga akhirnya Dr Hasan kena pecat dari PAS dan gugur jawatan Exco Agama.
Kali ini, ahli majlis MDKS dari PAS yang kemukakan cadangan itu tentu kena ‘taram’ juga oleh PAS Selangor kerana dianggap memandai-mandai buat peraturan tersebut.
Silap haribulan, ahli majlis itu juga boleh digugurkan keahlian atau dipecat dari PAS.
Patut sangatlah Dr Hasan pening kepala masa jadi Pesuruhjaya PAS Selangor kerana banyak hal berkaitan kepentingan agama Islam diperkotak-katik oleh DAP termasuk isu rampasan jualan arak di tempat awam sekitar Shah Alam.
Bila Ronnie bersuara, arak dirampas boleh dipulangkan semula dan Dr Hasan terpaksa ‘berjabat tangan’ dengan Ronnie bagi menunjukkan PAS dan DAP ‘ngam’ tetapi sebaliknya PAS Selangor sudah kena ‘ngap’ dengan DAP.
Sekarang ramai nak lihat apa reaksi Khalid Ibrahim yang jaga Exco Agama.
Beranikah dia buat keputusan kekalkan peraturan itu serta kuatkuasakan di pawagam seluruh Selangor.
Jawapannya mungkin sudah ada kerana Menteri Besar itu tentu tidak mahu kena ‘ngap’ dengan Ronnie pula.
Maklumlah, kalau Ronnie akur keputusan PAS, beliau pula nanti kena ‘ngap’ dengan pengundi-pengundi Cina yang menyokong DAP.
Jadi kesudahannya dalam isu untuk jaga kepentingan Islam ini, PAS Selangor sekali lagi kena ‘ngap’.
Kalau hal-hal kecil begini sudah kena 'ngap'...beranikah ambil langkah yang lebih besar tanpa 'menyinggung' DAP? 


Psssssssst: Bodonye pas! pas penipu! pas barua Dap!!

Friday, 23 December 2011

APA DAH JADI!! PAS DI SELANGOR TERUS DIKHIANATI, 2 PEMIMPIN PAS NAK JAHANAM KAN PAS??



Memang tidak dapat dinafikan lagi PAS selangor memang tidak mampu lagi menerima kelemahan Parti PAS didalam mentadbir selangor.

Nampaknya PAS di Selangor sangat lemah dalam menguruskan hal rumah tangga mereka sendiri hingga sering mengaitkan masalah mereka dengan UMNO? what sssupp Mustafa??


Hassan Ali dilihat benar-benar ingin menegakan kebenaran maka lain pula yang berlaku di peringkat kepimpinan PAS.. Hassan Ali terus ditekan oleh mereka yang ingin menutup kelemahan beberapa individu..

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dengan agenda UMNO.
Sambil merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa di sebuah hotel bersama sekurang-kurangnya tiga individu lain pada Ramadan lalu, Mustafa menegaskan, Hasan tidak boleh beranggapan pergerakan beliau tidak diketahui oleh pemimpin Pas lain.
Malah katanya, selain pertemuan itu, beliau juga mempunyai 'peristiwa' lain yang boleh mengaitkan Hasan dengan agenda UMNO.
"Saya mahu tanya apa yang dibincangkan pada pertemuan itu.
"Adakah ia berkaitan dengan politik atau ekonomi?
"Tapi saya tidak memaksa beliau untuk menjawab atau menafikannya.
"Terpulanglah kepada beliau," katanya pada sidang media di Bangunan Pas di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada desakan Hasan supaya beliau mengemukakan bukti bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu terperangkap dalam agenda UMNO yang mahu melemahkan parti tersebut.
Mustafa membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat Hasan berhubung kontroversi yang melanda Pas ketika ini.
Ketika ditanya siapakah tiga individu lain yang turut serta dalam pertemuan itu, Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkannya.
Malah, beliau juga menolak untuk mengulas lanjut ketika ditanya sama ada tiga individu itu adalah ahli perniagaan, ahli politik atau orang UMNO.
''Saya tidak akan mendedahkan lebih daripada itu, tetapi cukuplah untuk Hasan tahu bahawa kita (Pas) tahu pergerakan beliau," katanya.
Mustafa menambah, Hasan juga perlu mengetahui bahawa perjuangannya ketika ini tidak mendapat sokongan daripada mana-mana sayap parti.
Malah kata beliau, ahli di peringkat akar umbi juga tidak menyokong Hasan seperti mana yang didakwa beliau sebelum ini.
"Pada mesyuarat semalam, Dewan Ulama Pas dan Dewan Pemuda Pas Pusat telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah berada di belakang Hasan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa berkata, Hasan dan Nasharuddin serta Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib akan dipanggil dalam satu mesyuarat khas bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, beliau menolak ketiga-tiga mereka dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Pas, sebaliknya menjelaskan ia hanyalah pertemuan biasa bagi mendapatkan penjelasan.
"Pertemuan itu juga akan diadakan secara berasingan," katanya.
Bercakap mengenai masa depan politik Hasan ekoran kontroversi itu, Mustafa berkata, beliau tidak berkeyakinan Hasan akan menyertai UMNO dan tidak pula beranggapan UMNO akan menerima Hasan.
Ini kerana kata beliau, dalam kedudukan Hasan ketika ini yang dilihat sedang 'diperangkap' UMNO, maka adalah menjadi kelebihan kepada UMNO untuk Hasan kekal di dalam Pas.
''Jika Hasan bercakap dari dalam Pas, orang (ahli-ahli Pas) akan percaya, tetapi jika Hasan menyertai UMNO dan menghentam Pas, ahli-ahli Pas tidak akan mempercayainya," kata beliau.
Mustafa menambah, dalam keadaan seperti ketika ini, adalah lebih baik untuk Hasan tidak lagi membuat sebarang kenyataan.
Malah, beliau turut menasihatkan Hasan supaya mencontohi sikap Nasharuddin yang memilih untuk menjauh daripada perangkap UMNO.
"Jika Hasan berhenti membuat kenyataan, maka pemimpin Pas lain juga tidak perlu menjawab, jadi kontroversi ini pun boleh berakhir,'' katanya.
Ditanya mengenai kedudukan Hasan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mustafa berkata, tiada siapa pun ahli Pas ketika ini yang dapat memastikan akan terpilih menjadi calon atau sebaliknya.

pssssst: PAS dah nak jahanam sedikit masa lagi.

Thursday, 8 December 2011

PAS SELANGOR DAN DAP MULA BERGONCANG???


Pas Selangor menyifatkan cadangan DAP yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai satu langkah yang tidak wajar.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.
Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.
‘‘DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.
‘‘Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
klik semut hitam