ANIMSI

home

Followers


Showing posts with label Anwar ibrahim terkini. Show all posts
Showing posts with label Anwar ibrahim terkini. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

PANAS! ANWAR BARUA YAHUDI??!!



Sejak beberapa lama, NGO yang kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia iaitu Suaram telah mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembelian kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya kononnya bermotifkan rasuah dan hubungan sulit.   Namun, kini terbukti bahawa tuduhan Suaram adalah fitnah belaka apabila pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan tentang scorpene yang berlangsung di negara mereka sepertimana yang didakwa Suaram serta tiada rekod kemasukan Altantuya ke negara itu dalam tempoh yang diperkatakan. 

Akhirnya, yang menjadi isu kini bukan lagi scorpene atau Altantuya, tetapi Suaram sendiri.   Dengan kenyataan pihak Perancis sendiri dan penjelasan pihak Angkatan Tentera dan kerajaan serta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, maka terserlahlah sudah bahawa Suaram telah melakukan fitnah yang amat berat.

Rupanya, Suaram hanyalah topeng yang dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk berpolitik, dan bukannya untuk memperjuangkan hak asasi manusia.  Sehubungan dengan itu, siasatan terhadap latarbelakang Suaram mendedahkan bahawa Suaram selama ini beroperasi atas dana yang meragukan iaitu dari pihak asing bagi melancarkan operasi dan misi mereka. 

Nampaknya, dengan berpegang kepada prinsip ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan’, Suaram atau PR telah bekerjasama dengan pihak asing untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan. 
Apabila bercakap mengenai ‘pihak asing’, nama yang sering timbul ialah George Soros dan organisasi yang diterajuinya iaitu Open Society Foundations. 

Dalam isu scorpene, Suaram telah menggunakan dua peguam Perancis iaitu Joseph Breham dan William Bourdon, seorang peguam hak asasi manusia yang terkenal.  William Bourdon adalah pengasas Sherpa, iaitu organisasi yang memperjuangkan isu ekonomi di negara-negara miskin.  Sherpa pula ditaja oleh Tides Foundation dan kedua-duanya menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki oleh George Soros itu. 

Tides Foundation pula didapati telah menyalurkan dana kepada Suaram.  Mengikut laman web mereka, Tides Foundation adalah sebuah organisasi antarabangsa yang menyokong perjuangan berhaluan kiri yakni yang menentang kerajaan. NGO ini juga menyalurkan dana untuk perjuangan LGBT. 

Maka ini menjelaskan pengakuan Ambiga Sreenevasen bahawa Bersih juga menerima dana dari OSF selain dari National Democratic Institute (NDI) kerana Ambiga merupakan tunjang program Seksualiti Merdeka yang menjadi platform perjuangan LGBT di Malaysia.   Sekali gus, membuktikan bahawa Bersih, seperti juga Suaram, adalah ditaja oleh Soros dan didalangi oleh PR. 

Untuk pengetahuan, Anwar Ibrahim, iaitu pemimpin tertinggi PR mempunyai sejarah pertalian yang jauh lebih awal dengan George Soros.  Iaitu ketika krisis ekonomi 1997/1998. 

Pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad, sebagai Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Soros dan memanggilnya sebagai ‘penyangak mata wang’.  Beliau yang telah bekerja keras menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia begitu berang apabila ekonomi negara diserang sehingga hampir ‘hilang kawalan’.  Beliau percaya yang ianya bukanlah sesuatu yang ‘semulajadi’ tetapi dirancang lebih awal oleh pedagang matawang seperti Soros, atau terutamanya, Soros. 

Tun Mahathir enggan menerima saranan pemulihan dari IMF bagi menyelamatkan ekonomi negara.  Oleh itu, pihak barat telah menggunakan ‘senjata’ mereka yang telah lama disimpan iaitu Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu untuk memastikan matlamat mereka meruntuhkan ekonomi Asia, terutamanya, Malaysia berjalan lancar.  Ini dilaporkan secara terperinci oleh Executive Intelligence Review, dalam tajuk The Case of Malaysia. (http://www.larouchepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf) 

Anwar diketahui telah menjadi ‘kesayangan’ barat sejak beberapa tahun sebelum itu lagi. Kunjungan beliau ke Amerika dan negara-negara barat lain selalunya disambut dengan penghormatan tertinggi mengatasi penghormatan terhadap Tun Mahathir sendiri dan ini sering menjadi tandatanya kepada dunia. 

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar pun memaksa rancangan pemulihan ekonomi mengikut telunjuk IMF iaitu menaikkan kadar faedah walaupun Tun Mahathir menentangnya.  Ternyata, cara ini telah menyebabkan begitu banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar pinjaman sehingga akhirnya bank juga tidak mampu bertahan kerana tiada yang mampu membayar pinjaman dan tiada siapa berani memohon pinjaman.  Oleh itu, dalam masa yang singkat, ekonomi negara hampir lumpuh. 

Menyedari situasi yang semakin meruncing, Tun Mahathir pantas mengambil-alih teraju kewangan negara dan mencari pendekatan lain untuk memulihkan ekonomi.  Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat Ringgit sekali gus, menyahkan risiko diserang lagi.   Dengan itu, ekonomi Malaysia dapat dipulihkan dalam masa yang singkat sedangkan negara-negara jiran terus ranap setelah menerima bantuan IMF.

Di waktu yang sama, Anwar semakin agresif dan tidak sabar untuk menjatuhkan Tun Mahathir namun, kecundang apabila siasatan terhadap surat Ummi Hafilda mengenai kegiatan homoseksual, salahlaku dan salahguna kuasa yang membabitkan dirinya selesai dan mendapat perhatian Tun Mahathir yang sebelum itu mengenepikannya.   Siasatan lebih lanjut dijalankan dan berakhir dengan pemecatan Anwar. 

Sejak itu, tangan Soros yang memegang tali pengikat leher Anwar semakin jelas kelihatan.  OSF memainkan peranan penting memburukkan imej Tun Mahathir dan menaikkan imej Anwar di peringkat antarabangsa melalui media-media barat.   Anwar dijadikan ikon demokrasi dan secara tiba-tiba Tun Mahathir digambarkan sebagai kukubesi. 

Rakan-rakan Soros yang lain, termasuk Al-Gore dan Wolfowitz turut menghulurkan sokongan dan bantuan ketika Anwar di penjara, keluar penjara, tinggal di Amerika dan sehinggalah kini, iaitu setelah beliau kembali ke Malaysia dan aktif berpolitik.  Dana terus disalurkan kepada Awnar melalui Suaram, Bersih dan tentunya berbagai-bagai cara lagi yang mungkin tidak mampu dibayangkan oleh kita, rakyat biasa.  Kerana itu, hidup Anwar dan keluarga kekal mewah, parti PKR yang hidup segan mati tak mahu juga mewah semewah-mewahnya dalam berbelanja untuk menghadapi pilihanraya. 

Hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak mampu melihat tangan Soros di leher Anwar dan tangan Anwar di belakang Suaram.  Sama ada Soros sedang bersedia untuk mencium atau mencekik Anwar, adalah bergantung kepada berapa lama lagi Anwar mampu meyakinkan Soros yang beliau mampu berkuasa di Malaysia. 

Persoalan yang tinggal ialah, jika Anwar, PKR, DAP melalui Suaram dan Bersih menjadi alat Soros untuk menghancurkan negara dan Islam secara langsung dan tidak langsung, bagaimana pula dengan PAS?  Apakah PAS tidak sedar atau sememangnya tidak kisah lagi menjadi alat kepada Soros?
-gap

Sunday, 9 September 2012

PANAS!!! SPR UMUM ANWAR JADI PM JAM 2.30 PETANG!!!


AMPANG – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menaburkan janji-janji ‘bulan dan bintang’ semasa ceramah beliau di Ampang malam tadi, suatu tindakan yang boleh dilihat sebagai membuai mimpi kepada rakyat di negara ini.

Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib.
“Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti.”

Selain daripada itu beliau turut membayangkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri negara turut berimaginasi untuk menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengumumkan ‘kejayaan’ beliau menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

“Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,” tambahnya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika diaju pemberita mengenai isu tidak mengangkat tangan ketika bacaan Rukun Negara pada malam ambang kemerdekaan anjuran negeri Selangor baru-baru ini. – antarapos.com

PsssssssT: Gila lah Nuar semakin terdesak nak jadi pm ni..kahkahkah..mampus la rakyat kena tipu aja..kahkah!!

Monday, 30 January 2012

PANAS!! DUTA BESAR PALESTIN ABDELAZIZ TERKEJUT DAN PELIK DENGAN ANWAR IBRAHIM!


Duta Besar Palestin  Malaysia Abdelaziz Abughoush terkejut dengan pernyataan Pimpinan Oposisi Malaysia Anwar Ibrahim yang mengutarakan dukungannya terhadap keamanan Israel. Dirinya juga menilai pernyataan Anwar tampak aneh.

"Kami sangat terkejut dengan ucapan aneh dari Anwar yang mendukung segala bentuk upaya untuk keamanan Israel," ujar Abughoush, seperti dikutip The Star, Senin (30/1/2012).

Abughoush mengatakan, isu Palestina saat ini adalah isu paling mendasar yang membutuhkan dukungan dari umat Muslim di seluruh dunia. Malaysia sendiri merupakan negara yang mendukung warga Palestina.

"Kami tidak tahu, siapakah sebenarnya yang membutuhkan keamanan. Israel memiliki 200 model dari senjata nuklir dan pasukan dengan senjata canggih. Kami tidak tahu bila keamanan itu sangat dibutuhkan oleh penjajah kami yang selalu menekan warga Palestina dengan semena-mena. Mereka juga sering melanggar praktik hukum internasional dan mengabaikan desakan dari komunitas internasional untuk membangun perdamaian dan stabilitas," imbuhnya.

Abughoush juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Negeri Malaysia Anifah Aman yang mengecam perkataan Anwar dan mendukung Palestina.
Anifah pada Minggu kemarin mengatakan, upaya untuk melindungi keamanan Israel tak lain adalah serangan militer ke Gaza dan pembangunan pemukiman yang dikecam Palestina.

Anifah bahkan menilai, perkataan Anwar di Wall Street Journal menunjukkan dukungan mantan Perdana Menteri Malaysia itu terhadap upaya penindasan yang dilakukan Israel ke Palestina.(AUL)

Friday, 13 January 2012

TERKINI: ANWAR TAKUT JUGA RUPANYA!



  Kah Kah kah..
Rupa-rupanya Anwar seorang yang penakut kah kah kah..
Anwar bagang ke apa? kalau nak campur tangan politik dah lama la lu kedalam nuar wei!!.
Ape la itu pun nak tuduh lagi. Lu fitnah takpa ye nuar? bila kena atas batang hidung mula lu pusing cakap orang fitnah kat lu kan??
Semua orang dah tau tak-tik2 memfitnah lu  la nuar..kah kah kah..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang jika ada campur tangan politik sekiranya Peguam Negara mahu membuat rayuan berhubung pembebasan beliau dalam kes liwat, Isnin lalu.

"Soal pendakwa raya rayu itu bukan soal saya, itu ruang yang ada untuk dia terkandung dalam akta dan undang-undang... ia terserah kepada badan kehakiman untuk memutuskan keputusan berdasarkan undang-undang dan fakta.


"Tetapi, saya harap tiada sebarang campurtangan politik dalam kes ini. Kami faham undang-undang dan perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

pssssssssst: Anwar dah semakin penakut sekarang ye.. adui mak kesian gua tengok si AMK dan SMM jadi budak suruhan yang suka memperbodohkan diri sendiri..kah kah kah..

Wednesday, 4 January 2012

PANAS!! ANWAR MEMANG MAHU DIPENJARA KERANA ADA MUSLIHAT, CNN BUAT LIPUTAN?


PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan pengganti sekiranya beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan didapati bersalah berhubung dakwaan kes liwat dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian Online semalam, Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) bersedia dari segala kemungkinan termasuklah senario ketiadaannya selepas keputusan kes diketahui Isnin ini.


Namun Anwar enggan menamakan seseorang kerana menyifatkan ia adalah tindakan kurang bijak sekiranya calon penggantinya diumumkan sekarang.


“Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa akan datang, namun PR sentiasa bersiap sedia dengan semua pilihan.


“Ketiadaan saya bukan hanya bermaksud saya di dalam penjara, kemalangan juga boleh terjadi, jadi saya akan umumkan pengganti saya selepas 9 Januari,” katanya.


Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan bahawa pengganti itu nanti semestinya mendapat sokongan ketiga-tiga parti komponen PR dan boleh ditonjolkan dengan baik serta diterima rakyat.

“Kita kena bersedia dan siapkan pemimpin ini, kita akan ‘grooming’ dengan sebaik-baiknya dan isi kepimpinan kita,” katanya.

Ditanya persiapan PR menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Anwar berkata jentera sudah berada di tahap terbaik dan segala masalah antara parti sudah pun hampir diselesaikan.


“Manifesto dan dasar-dasar bersama semuanya sudah diselesaikan, apa yang masih belum selesai adalah isu pembahagian kerusi sebanyak lima peratus, selebihnya beres,” katanya.

PR akan mengadakan konvensyennya di Kedah pada 14 Januari ini.

SHAH ALAM - Sudah bersedia dengan tiga kemungkinan yang bakal dihadapi pada Isnin ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian tidak akan melakukan sumpah laknat walaupun ia dianggap senjata terakhir untuk beliau membuktikan dia tidak bersalah dalam kes liwat membabitkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah katanya, sumpah laknat bukan cara terbaik untuk membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak walaupun secara moralnya ia akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada beliau.

“Saya sudah terbiasa dengan hinaan dan cacian, saya bersedia menghadapi keputusan Isnin ini. Malah saya lebih bersedia berbanding tahun 1998 dahulu,” katanya.

Anwar juga sudah mengariskan beberapa rancangan yang tersusun dan rapi jika mahkamah memutuskan untuk menghumbankan beliau ke penjara kali ini.

pssssst: Anwar Memang nak masuk penjara sebab apa?? tunggu!!!!!