ANIMSI

home

Followers


Showing posts with label HUDUD PAS. Show all posts
Showing posts with label HUDUD PAS. Show all posts

Sunday, 30 October 2011

KENAPA PULA PAS TIDAK BERSEDIA LAKSANAKAN HUDUD?

    
     Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah bersedia atau membuat perancangan yang teliti untuk melaksanakan hudud di negeri ini biarpun enakmen mengenainya diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hampir 20 tahun dahulu.
  
   Isu hudud ditimbulkan semula oleh Pas kerana pilihan raya umum semakin hampir bagi menarik sokongan  rakyat. Perancangan yang teliti termasuk penubuhan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan sepatutnya dibuat lebih awal sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya. 
 
   Untuk laksanakan hudud bukan perkara kecil, amat penting perlu ada perancangan dan kerja yang teratur, bukan hanya bercakap sejak 20 tahun lalu tanpa sebarang tindakan.
    
     Hari ini baru hendak tubuh jawatankuasa teknikal hudud kerana pilihan raya semakin hampir, jika Pas benar ikhlas, persedian untuk laksanakan hudud dibuat sejak bertahun-tahun dahulu.

Utusan Malaysia pada 24 Oktober lalu melaporkan kerajaan Pas Kelantan mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

    Jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli daripada kalangan profesional termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

    Kerajaan Pas Kelantan perlu memastikan keadaan di negeri ini benar-benar kondusif sebelum hudud dilaksanakan dan perlu ada keadilan dalam perkara ini, fakir miskin dibantu, pentadbir yang bersih, masih banyak perkara perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Wednesday, 26 October 2011

NIK AZIZ: "ZAMAN BERCAKAP HUDUD DAH HABIS"-NIK AZIZ

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJnfzuC2kgjbQcziX9g-F6kpBJz8CVu-H5LEg2oi8jeRNb0HQQDxMiEJEQXzcvK_eMQpUWPi5LTSxSFtBWzAf1bFc7jXDfnijlhxN_LGCOIEW8RepBxXbn4nysnqKzYpMIwpItBP91U10/s400/Nik+Aziz+nangis+zoom.jpg


    Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) tidak mahu lagi bercakap dan menjawab soalan daripada media mengenai hudud bermula hari ini.

Malahan beliau turut mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai jurucakap rasmi mengenai isu hudud.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sekarang sudah sampai masanya untuk melaksanakan hukum tersebut dan bukannya hanya bercakap kosong.

"Saya sudah berjanji tidak mahu bercakap lagi mengenai hudud. Hanya Mohd. Amar seorang sahaja yang akan cakap mengenai hudud supaya tidak celaru.

"Zaman bercakap hudud sudah habis, sekarang masa bertindak, kita sudah buat jawatankuasa, biar jawatankuasa tentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan penyampaian sumbangan sempena Aidiladha 2011 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak memberi tempoh masa tertentu kepada Jawatankuasa Pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan untuk menyiapkan kajian mereka.

Hari ini, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam ruangannya Cuit membidas tindakan kerajaan Pas Kelantan yang hanya banyak bercakap daripada bertindak melaksanakan hudud di negeri ini.

Kelmarin, Kerajaan Pas Kelantan mengumukan pembentukkan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.


pssssssssst: Nik Aziz frust dengan PKR dan DAP sebab tak mahu hudud..biar PAS sahaja yang buat!!



Monday, 24 October 2011

PANAS: HUKUM HUDUD PAS DITOLAK PKR DAN DAP..RAMAI AHLI PAS KENA TIPU???

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2011/09/DAP-ganti-PAS-300x200.jpg

Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.


Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.


psssssst: Apalagi nak pas perjuangankan bila perjuangan mereka ditolak oleh rakan kongsi mereka DAP dan PKR....keluar jela dari pakatan tu PAS wei...haha..

Thursday, 6 October 2011

PANAS!!: KETUA HAKIM BERANG DENGAN PAS, PAS MENGAKU TAK BOLEH LAKSANA HUDUD

http://www.heritok.com/wp-content/uploads/2011/06/Aku-Takut-Jatuh-Cinta-Lagi-333x333.jpg

     Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.


Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan dalam melaksanakan hudud.

"Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.

"Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub ketika ditemui selepas program berkata, kerajaan negeri akur dengan saranan yang diberi dan akan mula mengambil langkah lebih serius ke arah pelaksanaan hukum hudud.

Katanya, ini termasuklah menubuhkan dua mahkamah baru iaitu Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang akan menjadi tempat kes berkaitan kesalahan hudud dibicarakan.
"Selama ini, kita fikirkan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari perbincangan wacana tadi nampaknya tidak banyak halangan untuk kita laksanakan hudud.

"Kami akan maklumkan tindakan selanjutnya secara terperinci selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi," katanya.




Pssssst: Itulah jangan pandai cakap sahaja. Jangan tipu rakyat salahkan UMNO je..

PAS BUKAN BUAT HUDUD SEPENUHNYA DI KELANTAN??


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVjMEmUpafIdKL6UglF-b4c9PAIzwfGfhmPNfjTsWyPK0qAKV4KA3pASpEJiVnhDTKvRSM4vJ2NDpUWhUXvztXg2QN8TcMOfYAjDYe991auRp1uhWM6feJoKCrBeMaDw35Bug-pyvHEYWF/s320/Hudud+PAS.jpg




  Kerajaan Pas Kelantan dikritik kerana pelaksanaan Rang Undang-Undang Negeri Kelantan 1993 didakwa mengetepikan aspek holistik al-Quran.

 
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Lanjutan Islam (IAIS), Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali berkata, kitab suci tersebut sebenarnya turut menekankan setiap pelaku jenayah masih diberikan ruang untuk bertaubat.

Malah katanya, tiga daripada enam hukuman hudud yang terkandung dalam rang undang-undang itu juga seharusnya tidak tersenarai dalam hukum hudud negeri itu iaitu membabitkan kesalahan minum arak, murtad dan pemberontakan.

"Kritikan saya ini bersandarkan ketetapan mereka yang merujuk kitab Fikah tanpa mengaplikasikan elemen ijtihad kepada ketiga-tiga hukum berkenaan," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan Lets Talks yang disiarkan oleh The Malaysian Observer ketika diwawancara oleh peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Dalam pada itu, katanya, Kanun Keseksaan yang diaplikasikan undang-undang Malaysia merupakan undang-undang takzir dan ia masih dalam lingkungan siasah syariah.
Katanya, ini kerana ia konsisten dengan prinsip-prinsip Islam iaitu mewujudkan keadilan serta undang-undang itu telah diluluskan Parlimen sebagai pembuat dasar.

"Justeru, hukum hudud tidak seharusnya dipolitikkan kerana untuk menguasainya mereka perlu memahami al-Quran dan takrifannya kerana Islam merupakan agama yang memaafkan dan rahmat kepada seluruh umat," katanya.

Sementara itu, Mohammad Hashim berkata, hukum hudud tidak termasuk dalam elemen akidah umat Islam kerana akidah umat Islam adalah berdiri dengan Rukun Islam dan Iman.

Pssssssssst: Jangan buat undang-undang sendiri woi!!

Monday, 3 October 2011

PANAS BETUL:DAP DAH TAK LAYAN NIK AZIZ!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYY9U2Vu5usNCttrRY3nueW2EQjLHzdi6pQoJ0smiqIKpKLq-TYp8WR46EazghNbzN0MMaob_r0ubP3sAlK9nIROndVz0meDgDv2lGE8_iyJyoPoCpTkg3YCmCATOs-1gN2q8JFWMbOu3n/s400/dap+pas.jpg 
 
   PULAU PINANG . – Walaupun Pas masih bercita-cita untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pakatan pembangkang menang pilihan raya kelak, sekutunya DAP pula mempunyai pendirian berbeza.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan bersetuju pada bila-bila masa untuk melaksanakan hukum hudud termasuk yang pernah diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu sebelum ini.
“DAP menegaskan pendiriannya seperti dahulu iaitu, tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud jika parti pembangkang berjaya memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan Perlembagaan untuk enakmen hukum hudud ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan harapan untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada PRU-13.
Jelas Menteri Besar Kelantan itu, pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam seharusnya tidak perlu risau.
Dalam pada itu, Karpal memberitahu, beliau tidak faham kenapa orang bukan Islam perlu membiarkan diri mereka diadili berdasarkan undang-undang syariah.
“Di samping itu, saya juga berharap Pas berpegang teguh pada resolusi yang diluluskan Muktamar Pas baru-baru ini dan tidak kembali kepada matlamat mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.
“Pas perlu memenuhi resolusi membentuk sebuah negara berkebajikan bagi menggantikan negara Islam di Malaysia,” ujarnya.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Pas sebelum ini bahawa pelaksanaan hukum hudud hanya akan menyebabkan pengundi hilang kepercayaan kepada pakatan pembangkang.

pssssssst: Mampuih la Dap sampai mampus taknak hudud. PAS keluar Pakatan la lagi bagus!!

Friday, 30 September 2011

21sX:SEKARANG PAS DAH BOLEH LAKSANA HUDUD. MAMPUS DAP!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheDDAXnWckhDHqMPDubmNgPD2G7TSxkruGSka6oQWFCWTK-jKTO42K6j4Ugs7_dH46E-l55bCmmfCpZOMEjreEXXxqe4vFsNbOe_oHsSdlgL4v86ZJXrYDfm6EU3RTfIebvJxtl0Wu8Sh2/s320/mainpix.jpg

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kerajaan kini mahu melihat kesungguhan Pas melaksanakan hukum Hudud di negeri yang ditadbir oleh mereka kerana walaupun nampak tegas, hakikatnya ia masih belum dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata niat melaksanakan Hudud itu sudah lama dicanang oleh parti Pas di negeri di bawah pemerintahan mereka tetapi tiada sebarang perubahan.
"Kita nak tengok serius atau tidak serius mereka ini, sebab cerita Hudud ini bukan cerita baru daripada dulu lagi mereka dah sebut perkara ini tetapi tak menjadi langsung,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato” Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Najib menafikan bahawa beliau ada menyebut soal menghapuskan kuota Bumiputera dalam perniagaan seperti didakwa beberapa blog dan portal berita baru-baru ini.
Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak didengari dengan jelas, beliau menegaskan apa yang disebut hanyalah peringatan kepada peniaga bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.
"Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga Bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain, tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan,” katanya.

Mengenai Pengarah filem Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee, beliau berkata Namewee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri."Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia.

"Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1Malaysia,” katanya.

Mengulas beberapa video yang dihasilkan oleh Namewee yang dikatakan menimbulkan kontroversi, Najib berkata Namewee merupakan seorang individu yang ada kelainan tersendiri.
"Saya tak nak beri komen, tapi sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang ada kelainan dia, bukanlah merupakan seorang konvensional dari segi pendekatan pemikirannya,” kata Najib.
Namewee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

psssssst: mari kita tengok apakah pas berani laksanak hudud!!

Wednesday, 28 September 2011

TERKINI: HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANA PAKATAN-JAWAPAN YANG DIRAMAL BETUL,AHLI PAS KECEWA!!


KUALA LUMPUR 29 Sept. — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.

Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.

Psssssssst: sesuatu yang telah dijangka. DAP punya angkara PAS menikus ketakutan...

HANGAT: HUDUD TAK JADI PULAK DAH??


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Tok Guru' sebenarnya tidak mempunyai ilmu untuk menghasilkan draf hukum hudud yang ingin dilaksanakan parti itu di Kelantan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana Menteri Besar Kelantan itu bukan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah dan hadis.

"Sebenarnya, Nik Abdul Aziz hanya pakar dalam bahasa Arab dan kerana faktor itu Draf Perundangan Hukum Hudud Kerajaan Pas Kelantan 1990 tidak dirangka sendiri oleh ulama-ulama Pas sebaliknya terpaksa meminta bantuan ulama dari Asia Barat yang mana kredibiliti mereka kurang diyakini oleh kerajaan negara mereka sendiri.

"Nik Abdul Aziz mengatakan beliau seorang Tok Guru, jadi kenapa beliau tidak merangka sendiri draf perundangan tersebut dan terpaksa meminta bantuan luar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

HUDUD: PAS TAK SERIUS LAKSANA HUDUD


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan perbalahan antara Pas dan DAP berhubung isu hukum hudud tidak akan membawa keretakan ikatan antara dua parti itu dalam pakatan pembangkang.
Menurutnya, ini kerana kedua-dua parti itu tidak pernah menunjukkan keseriusan mereka sama ada untuk melaksanakan atau tidak hukum hudud tersebut.
"Saya tidak hairan selepas ini mereka akan lupakan (perbalahan) oleh sebab perjanjian yang telah dibuat sesama mereka (sebelum ini).
"Rakyat pun tahu, ini cakap sahaja tetapi tidak serius, hanya sekadar untuk dapatkan sokongan dan perhatian pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13," katanya.
Beliau ditemui selepas menerima buku Monsoon Cup 2010: The Memories dari Pengerusi Tbest Events Sdn. Bhd. (Tbest), Tan Sri Sabaruddin Chik di sini, hari ini.
Buku kenangan berharga RM148 itu menceritakan tentang sukan perahu layar tersebut sejak acaranya dilaksanakan pada 2005 hingga tahun lalu.
Ketika ini dikatakan perbalahan antara Pas dan DAP kian memuncak dalam isu pelaksanaan hukum hudud menyebabkan kedua-dua parti berkeras dengan pendirian masing-masing.
Bagaimanapun, Abdullah percaya isu tersebut tidak akan menjejaskan imej UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi kempen PRU-13.
"Tidak akan menjejaskan BN kerana ia sudah lama diputuskan dan kita masih konsisten tentangnya," katanya.
Menyentuh mengenai Piala Monsoon, beliau berkata, acara sukan tahunan itu mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan di sekitar kawasan Pantai Timur.
"Ini kerana sehingga kini acara sukan itu disiarkan di 183 negara seluruh dunia dan saya berharap Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) boleh menjadikan sukan itu sebagai tarikan pelancong ke Pantai Timur," katanya.

Monday, 26 September 2011

HUDUD: PAKATAN TUMBANG PRU13, PAS & DAP BERGOLAK!!



Mustafa berkata, mesyuarat pada hari Rabi ini  yang sepatutnya membincangkan mengenai Bajet 2012 tetapi akan meletakkan isu sensitif hukum Hudud sebagai keutamaan dan satu pendirian bersama akan dibuat. Ini kerana idea baru diperlukan untuk menyelamatkan Pakatan dari terus rapuh untuk memenangi PRU 13 akan datang.

Manakala Anthony pula menegaskan Pakatan akan berusaha mencari formula untuk mengelak dari isu hudud ini walaupun ia "bukan satu isu yang baru".

   Pakatan pembangkang semakin hilang keyakinan untuk bersama kerana persetujuan  yang dicapai tidak menguntungkan kepada semua parti.

    DAP kini akan terus berkeras untuk membantah usaha Nik Aziz untuk melaksanakan hudud. Nik Aziz berkata "DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di Kota baharu, semalam.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz berkata hukum Hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.



psssst: Kan i dah cakap jangan bagi muka kat DAP tu. Kan Dah kena..

NIK AZIZ PANAS HATI: NIK AZIZ MARAH BETUL BUKAN BERLAKON


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan apa hubungan DAP dengan Islam sehingga pemimpin parti tersebut sanggup bertindak ‘mengugut’ akan meletakkan jawatan beramai-ramai jika Pas meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud.
Menurut

Nik Abdul Aziz (gambar), tindakan pemimpin DAP itu amat menghairankan kerana hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas adalah untuk orang Islam dan melibatkan mahkamah syariah yang hanya mengendalikan kes-kes membabitkan orang Islam.

Beliau juga secara sinis mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa, mana-mana pihak termasuk DAP yang menentang hasrat Pas itu ibarat “orang takut melihat hantu.”
“Nak keluar kerana apa? Hudud untuk orang Islam, apa hubungan dia dengan Islam? Macam saya kata kelmarinlah, orang takut hudud macam takut hantulah. Tanya dia hantu benda apa, dia tak tahu tapi orang dah takut dia takut sama. Budak kecil takut hantu tapi tanya dia apa hantu, dia tak tahu tapi mengaku takut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menegaskan, pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

Ditanya kemungkinan Pas akan kehilangan sokongan pengundi bukan Islam sekiranya melaksanakan hudud, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas sebaliknya mempersoalkan kenapa masyarakat bukan Islam tidak menyokong parti tersebut.
“Tak sokong kerana apa, kerana hudud? Ini bukan untuk dia, untuk orang Islam,” katanya sinis.
Nik Abdul Aziz semalam memberitahu, kerajaan Pas Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya walaupun pelaksanaan hukum Islam itu ditentang keras oleh DAP.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan hakim-hakim menggunakan akta tersebut dalam perbicaraan sesuatu kes sekiranya wujud prima facie.
Ditanya sama ada kerajaan negeri perlu meminta kebenaran daripada Kerajaan Pusat sekiranya hendak melaksanakan hukum tersebut, Nik Abdul Aziz berkata, ia tetap perlu meminta kebenaran walaupun bidang kuasa membabitkan mahkamah syariah terletak di bawah sultan.

“Tentu kena mintalah, jadi dia dah buat kenyataan semalam tak beri, Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) serupa sahaja sama-sama tak beri belaka. Jadi kesimpulannya, hudud tak boleh buat bukan kerana apa, kerana UMNO tak bagi.”