Sepanjang perbicaraan yang berlangsung Anwar Ibrahim berkali kali menghina Mahkamah apabila membicarakan soal tersebut dihadapan penyokongnya diatas pentas pentas ceramah. Mahkamah sedikit pun tidak memberi ingatan ataupun menegur mengenai perbuatan Anwar Ibrahim yang menghina mahkamah apabila membicarakan kes tersebut diluar mahkamah.
Malah Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes liwat ini tidak dikenakan apa apa tindakan berhubung kelakuannya yang mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dengan menjaja cerita yang dibicarakan oleh Mahkamah. Lebih terok dari itu hakim turut dihina sebagaimana yang dinyatakan disini:
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak bersikap politik dalam penghakiman yang ditulisnya adalah satu penghinaan mahkamah,Anwar telah menyatakan bahawa Datuk Abdul Malik Ishak bersifat menyerang dan menghina beliau selain menunjukkan sikap politik keterlaluan seorang hakim Mahkamah Rayuan walaupun kes terbabit masih berlangsung. Anwar juga menyatakan bahawa terdapat campur tangan politik dalam kes terbabit.
Itulah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim yang kebal dari sebarang tindakan mahkamah mahupun hakim dalam kes liwat ini. Tidak ada yang berani mengambil tindakan keatasnya walaupun terbukti beliau melakukan penghinaan yang cukup besar kepada sistem kehakiman negara. Bagaimana dengan tertuduh dalam kes yang lain?
Aduka Taruna yang didakwa menghina Mahkamah memohon untuk dikurangkan nilai wang jaminan memandangkan beliau akan bersanding hari ini. Beliau memaklumkan mahkamah bahawa beliau baru bernikah sebulan yang lalu. Mahkamah bersetuju dengan permohonan beliau dan beliau hanya diikat jamin dengan RM 5000
Anwar Ibrahim kebal dari undang undang yang ada .Malah kenyataan nya yang menghina mahkamah turut dikeluarkan oleh media Pakatan pembangkang dan disebarkan keserata tempat dalam menggangu perjalanan perbicaraan liwat yang beliau hadapi.
Baca Seterusnya klik sini



