ANIMSI

home

Followers


Showing posts with label dap. Show all posts
Showing posts with label dap. Show all posts

Thursday, 13 September 2012

TERKINI! DAP TIDAK BERSETUJU DENGAN PKR, DAP MAHU PILIHANRAYA SERENTAK!

 Apa dah jadi dengan pakatan yang tidak sehaluan dalam isu pilhanraya serentak ni.

  Masing-masing besar kepala tak dapat kata sepakat. Inilah tanda Pakatan gagal bersatu dalam menentukan keputusan secara bersama..

SHAH ALAM - DAP menegaskan cita-cita PKR mengadakan pilihan raya berasingan di Selangor belum mendapat kata putus parti itu.

Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara itu masih belum mendapat kata putus sepenuhnya.


Menurutnya, pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai amaran dan perkara itu sebenarnya belum lagi diputuskan oleh Pakatan Rakyat (PR).


"Pilihan raya secara berasingan didakan di Sarawak, tetapi ia berlaku kerana ada sebab dan peristiwa hingga membuatkan perlu untuk pilihan raya diadakan secara berasingan.


"Tetapi apa yang berlaku di sini, tidak menampakkan perlu diadakan berasingan. Lebih baik ia diadakan serentak sahaja," katanya.


Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasrat pilihan raya secara berasingan itu kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum beri sebarang.

Thursday, 12 July 2012

HAH! INI BUKTI PAS KENE BODOH DENGAN DAP! NIK AZIZ SILA BACA!!



Mana satu yang betul? Ini yang boleh peningkan kepala bila tiga pemimpin PAS Selangor memberi pendapat berbeza dalam isu peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengasingkan lelaki dan wanita belum berkahwin ketika menonton wayang di daerah itu.


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pertahan keputusan MDKS tetapi ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad kata itu hanya notis macam amaran larang orang Melayu Islam beli arak dan nombor ekor.
Ketua mereka, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula dakwa keputusan itu dibuat Jabatan Perlesenan MDKS sewaktu pengeluaran lesen dahulu dan belum dibawa ke peringkat mesyuarat penuh majlis.
Namun yang pasti cadangan dan pelaksanaan tersebut dibuat Ahli Majlis MDKS mewakili PAS.
Jadi ‘flip flop’ pula bila teliti kenyataan Khalid, Dzulkefly dan Dr Rani yang berbeza-beza itu.


Apapun, semua itu tidak lebih wayang PAS untuk jaga hati Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu yang arahkan pelaksanaan garis panduan pisahkan lelaki dan wanita  belum berkahwin dalam pawagam ditangguhkan sehingga kajian menyeluruh mengenainya selesai.
Arahan itu dibuat selepas media melaporkan panduan baru yang diperkenalkan MDKS terhadap pengunjung panggung wayang milik Lotus Five Star Cinemas bertempat di pusat membeli-belah 1 Plaza.
Garis panduan itu menghendaki pengunjung lelaki dan wanita yang belum berkahwin agar diasingkan kedudukan tempat duduk ketika menonton wayang.
Peliknya, cepat sungguh Ronnie keluarkan arahan itu sedangkan dalam isu kebimbangan rakyat Selangor pasal rumah urut yang tumbuh macam cendawan selepas kerajaan PKR memerintah, wakil rakyat DAP itu buat-buat tidak dengar saja.
Bukan rahsia lagi beribu-ribu rumah urut terutama tanpa lesen di kawasan pinggir dan luar bandar naik satu demi satu sedangkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor, jumlahnya cuma beratus sahaja.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga jaga Hal Ehwal Agama Islam mengakui perkara itu selepas pendedahan Utusan Malaysia tidak lama dulu.
Beliau janji nak ambil tindakan tetapi hingga sekarang yang bertindak hanya polis dan pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen.
Dalam isu peraturan MDKS, Khalid masih tutup mulut kerana Ronnie awal-awal lagi sudah bersuara.
Amat menghairankan suara Ronnie buat pemimpin PAS akur saja padahal arahan itu berkaitan tuntutan agama yang melarang bukan muhrim berdua-duaan.
Sepatutnya PAS Selangor secara total menyokong  peraturan itu lagipun ianya dicadangkan ahli majlis dari PAS selepas aduan orang ramai terutama ibu bapa yang membawa anak-anak menonton tetapi ada pasangan lelaki dan wanita pula ‘berlakon’ aksi tidak senonoh dalam pawagam.
Ini diakui sendiri Khalid Samad kerana katanya pawagam tempat awam bukan tempat pasangan  memadu kasih.


Bila tiga pemimpin PAS ini ‘flip flop’, teringat kes Datuk Dr Hasan Ali dalam serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utama tahun lalu.
Khalid dilihat menentang tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan isu itu berlarutan hingga akhirnya Dr Hasan kena pecat dari PAS dan gugur jawatan Exco Agama.
Kali ini, ahli majlis MDKS dari PAS yang kemukakan cadangan itu tentu kena ‘taram’ juga oleh PAS Selangor kerana dianggap memandai-mandai buat peraturan tersebut.
Silap haribulan, ahli majlis itu juga boleh digugurkan keahlian atau dipecat dari PAS.
Patut sangatlah Dr Hasan pening kepala masa jadi Pesuruhjaya PAS Selangor kerana banyak hal berkaitan kepentingan agama Islam diperkotak-katik oleh DAP termasuk isu rampasan jualan arak di tempat awam sekitar Shah Alam.
Bila Ronnie bersuara, arak dirampas boleh dipulangkan semula dan Dr Hasan terpaksa ‘berjabat tangan’ dengan Ronnie bagi menunjukkan PAS dan DAP ‘ngam’ tetapi sebaliknya PAS Selangor sudah kena ‘ngap’ dengan DAP.
Sekarang ramai nak lihat apa reaksi Khalid Ibrahim yang jaga Exco Agama.
Beranikah dia buat keputusan kekalkan peraturan itu serta kuatkuasakan di pawagam seluruh Selangor.
Jawapannya mungkin sudah ada kerana Menteri Besar itu tentu tidak mahu kena ‘ngap’ dengan Ronnie pula.
Maklumlah, kalau Ronnie akur keputusan PAS, beliau pula nanti kena ‘ngap’ dengan pengundi-pengundi Cina yang menyokong DAP.
Jadi kesudahannya dalam isu untuk jaga kepentingan Islam ini, PAS Selangor sekali lagi kena ‘ngap’.
Kalau hal-hal kecil begini sudah kena 'ngap'...beranikah ambil langkah yang lebih besar tanpa 'menyinggung' DAP? 


Psssssssst: Bodonye pas! pas penipu! pas barua Dap!!

Sunday, 22 April 2012

PANAS!! DAP, PAS DAN ANWAR IBRAHIM ARTIKEL INI LAH SEBENARNYA BUAT PAKATAN KALAH DALAM PRU 13!! PENYOKONG PAS SILA SEBARKAN!!




Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru.  Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO

PANAS!! DAP, PAS DAN ANWAR IBRAHIM ARTIKEL INI LAH SEBENARNYA BUAT PAKATAN KALAH DALAM PRU 13!! PENYOKONG PAS SILA SEBARKAN!!



Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru.  Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor. 



Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL).   Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi.  



Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka.      Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam. 



Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.  



Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen.  Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam.  



Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi. 



Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan.  



Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.   



DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun.   DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.    



Dalam beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan pendirian mereka.  Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu Islam.  



Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina.  Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.  



Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.  



Namun, yang mengambil ‘tugas’ berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.  



Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP.  PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi.   Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Dato’ Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR.  PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah. 



Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.  



Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu?  Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam.  



Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP.  PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara.  Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.    



Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP.  Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya.  Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya.



Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.  



Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi.  



Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini.  DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya….GAP