Apabila
Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di
Malaysia bagai mendapat nafas baru. Anwar yang dahulunya digelar
Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh
sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan
kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia
paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor.
Sehubungan
dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan
ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas
untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL). Ketiga-tiga
parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan
kerjasama secara rasmi.
Bagaimanapun,
PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut
serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka. Pada 21
September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS
mengenai penubuhan Negara Islam.
Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.
Pada
PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan
mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Mereka kemudiannya
menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya
mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan
Islam.
Berdasarkan
kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama
dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh
bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan
gabungan parti PR secara rasmi.
Dan
hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka
kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu
pakatan.
Selama
itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu
juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.
DAP
terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak
akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun. DAP sanggup
mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja,
termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan
mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.
Dalam
beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan
tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan
pendirian mereka. Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak
DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu
Islam.
Perjuangan
DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan
Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan
jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak
warisan tersebut kepada bangsa Cina. Selaras dengan itu, DAP giat
memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek
moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang
menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.
Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.
Namun, yang mengambil ‘tugas’ berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.
Walaupun
PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama
Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP. PAS tidak
sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung
dan melawan DAP atas nama undi. Malah, PAS sanggup memecat pemimpin
sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Dato’ Dr. Hasan Ali atas nama
kesepakatan dengan DAP dan PKR. PAS sanggup melupakan Negara Islam,
hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah
di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah.
Hari
ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka
menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.
Kenapa
mereka perlu membuat justifikasi begitu? Kerana, jauh di sudut hati
mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS
dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat
bertentangan dengan Islam.
Sukar
bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau
barua DAP. PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan
masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang
bangsa dan pengkhianat negara. Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN
dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj
ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.
Hakikatnya
penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP.
Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana
Putrajaya. Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka
DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang
pilihanraya.
Apabila
ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda
Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu
terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.
Pada
ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali
Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di
tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil
untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk
bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan
kekal berkumandang setiap pagi.
Jika
ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk
menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan
berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini. DAP
menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang
berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan,
hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya….GAP
...PAS hanya sekadar BARUA dalam PR...bila Anuuwar bagi aiskerim Conetto mereka akan diam...dan akur dgn segala kehendak DAP..
ReplyDelete