KUALA LUMPUR 23 April - Presiden Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berdosa besar kerana memecah-belahkan orang
Melayu di negara ini.
Katanya, Anwar layak digelar pengkhianat kerana sanggup menggadaikan orang Melayu demi agenda peribadinya.
“Dosa Anwar Ibrahim yang paling besar sekali ialah memeecah-belahkan
orang melayu. Memang anwar ini pengkhianat. Satu perkara yang kita kena
ingat iaitu akibat dari tindakan dialah orang Melayu berpecah-belah,”
Ibrahim yang juga merupakan ahli parlimen Pasir Mas.
Beliau berkata demikian di dalam ucapannya ketika melancarkan gerakan
‘Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim’ (TIBAI) di Kelab Sultan Sulaiman
malam tadi.
Menurutnya, rakyat Malaysia wajib bersyukur kerana mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil tindakan berani
menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.
Katanya, Anwar tidak layak bergelar Perdana Menteri kerana beliau
adalah punca kepada perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu
ketika ini.
“Kita wajib bersyukur kerana di waktu Anwar menghitung hari menjadi
Perdana Menteri, kita bernasib baik kerana mempunyai seorang Perdana
Menteri ketika itu yang berani dan tegas iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya percaya kalau tidak Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri waktu
itu tiada siapa yang berani menahan Anwar daripada menjadi Perdana
Menteri Malaysia walau seburuk mana perilaku Anwar,” kata Ibrahim.
Sementara itu Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md. Arip di dalam
ucapan aluannya menyeru kesemua rakyat Malaysia supaya menolak
perjuangan Anwar Ibrahim yang jelas kata beliau mengkhianati janji
terhadap rakyat.
Tegasnya lagi tiada sebab dirinya yang pernah dipenjarakan satu ketika
dahulu kerana membela Anwar untuk berdusta dalam membongkar perilaku
bekas Pemimpin Inspirasinya itu.
"Saya yakin dan percaya kita mampu tibai (tolak) Anwar pada Pilhan Raya
Umum (PRU) akan datang. Anwar adalah Perosak dalam Negara maka wajib
kita tolak. Kita pernah bersama Anwar. Kini ada sebab penting mengapa
kita tinggalkan beliau. Ada di kalangan kita pernah masuk penjara kerana
mempertahankan Anwar.. Ada yang sanggup hidup merempat kerana Anwar.
Kini kita semua sedar penipuan dan bangkit menentang perjuangan palsu
Anwar," katanya menerusi Ucapan pada Majlis Pelancaran Badan Bukan
Kerajaan (NGO) 'Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau TIBAI di sini
sebentar tadi.
Majlis yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman itu dihadiri ribuan
penyokong Badan Bukan Kerajaan tersebut yang bertujuan bagi mencapai
matlamat meyakinkan pengundi penipuan Ketua Umum Pakatan tersebut.
TIBAI dianggotai beberapa bekas Pemimpin Reformasi dan PKR diketuai Zaid Md Arip selaku Mursyidul Am NGO.
No comments:
Post a Comment