Pada bulan Mac
2010, saya menjalankan tugas di Kampung Beting, Jakarta. Tandas penduduk
setinggan tanpa dokumen sah itu terletak DI LUAR rumah. Saya meniti
jambatan di kampung itu untuk bergerak dari rumah ke rumah.
Tersilap langkah, air najis agak pekat berwarna hitam dan coklat menunggu saya di bawah.
Klik di sini.
Kedudukan
tandas di kampung setinggan itu amat jauh berbeza dengan lokasi tandas
di kebanyakkan kondominium, apatmen dan pangsapuri kita di Malaysia.
Tandas DI DALAM rumah dan acapkali kita menjamah makanan di hidangkan di
atas meja terletak kurang 2 meter dari tandas. Namun kelompok hidup
kaya raya, menetap di banglo besar, barangkali berbeza. Ruang rumah
lebih luas, tandas agak jauh dari meja makan tetapi ruang membuang
najis itu masih DI DALAM rumah.
Tidak mustahil, sesekali, sewaktu kita makan, bunyi pengguna tandas di rumah sedang membasuh berak pun boleh didengari dari meja makan namun makanan masih terus disumbat ke mulut. Itu pun kalau berak berbasuhlah. Ada juga saatnya, kita terdengar pengguna tandas di rumah terkentut kuat, berak cair dan bau najis turut menyelinap keluar dari tandas tetapi kita tidak berhenti makan, mungkin hanya sekadar tersenyum sahaja.
Tidak mustahil, sesekali, sewaktu kita makan, bunyi pengguna tandas di rumah sedang membasuh berak pun boleh didengari dari meja makan namun makanan masih terus disumbat ke mulut. Itu pun kalau berak berbasuhlah. Ada juga saatnya, kita terdengar pengguna tandas di rumah terkentut kuat, berak cair dan bau najis turut menyelinap keluar dari tandas tetapi kita tidak berhenti makan, mungkin hanya sekadar tersenyum sahaja.
Biarpun
berulang kali dinyatakan di entri terdahulu, pelajar SRK Sri Pristana
TIDAK berehat dan makan di TANDAS atau BILIK AIR, sebilangan pembaca
tidak dapat menerima fakta itu. Sebelum ramadan, bermula Mac lalu,
BILIK PERSALINAN pelajar perempuan dibersihkan dan kemudian
dinaiktaraf. Menurut wakil Pejabat Pendidikan Daerah, ruang terbabit
tidak berbau busuk ataupun kotor.
Pelajar di
sekolah sama juga diterapkan dengan kempen menjaga tandas di kawasan
sekitar agar sentiasa bersih. Maksudnya, TIADA tandas di dalam bilik
persalinan itu, seperti kedudukan tandas di dalam rumah tempat
kebanyakkan daripada kita berteduh di bandar.
Lihat gambar di sini.
"Sewaktu
meninjau ruang di bilik persalinan terbabit bersama wakil Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, PIBG serta kakitangan sekolah, kami terlewat untuk
pulang ke rumah. Jadi kami membuat keputusan berbuka di ruang sama
selepas doa dibacakan. Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami
berselera makan selepas sehari menahan lapar dan dahaga" ujar beliau.
Gambar di bawah dihantar kepada saya oleh Yang DiPertua PIBG SRK Sri Pristina, Hussein Mohd Ariff.
"Gambar itu, suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah anggap sebagai tandas," kata Hussein.
Apapun bermula
hari ini, pelajar bukan beragama Islam akan menggunakan kantin sekolah
seperti biasa selepas kerja pengubahsuaian selesai.
Kepada semua
pelajar di SRK Sri Pristana tanpa mengira bangsa dan agama, selamat
menuntut ilmu agar semua menjadi insan berguna di masa akan datang.
Sebilangan daripada mereka, barangkali akan menjadi pengendali blog TANPA dibayar seperti saya. Justeru mereka tidak perlu untuk mengikut telunjuk sesiapa dalam mencatatkan fakta di blog. -mazidul
Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.
No comments:
Post a Comment