ANIMSI

home

Followers


Sunday, 14 July 2013

Tolong Tengok Gua dekat Penjara Kalau apa-apa terjadi dekat Beruk 2 Ekor Ni!!!

Jangan duk buat lembik la!
Bukan sekali dua, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 25, buat perangai dan mencabar undang-undang negara ini. Bahkan mereka pernah dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman. Singapura dan universiti tempat mereka belajar telah bertindak, namun di Malaysia mereka masih bebas lepas dan mereka untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa sedikit pun takut dengan undang-undang mahupun penguatkuasa undang-undang.

Pasangan tersebut berasakan mereka sudah terlalu kebal dan tidak dapat disentuh oleh sesiapa pun. Apatah lagi, di belakang mereka terdapat ahli-ahli politik yang hanya menunggu masa untuk mengambil kesempatan bagi membuktikan kononnya mereka lebih berfikiran terbuka dan mahu mengajar rakyat negara ini agar berfikiran sama seperti mereka.

Apa sangatlah dengan video dan budaya seks liar, kalau dibandingkan dengan RASUAH dan PENYELEWENGAN KUASA, kata mereka. Justeru, dosa Alvin Tan dan Vivian Lee kepada masyarakat negara ini, tidaklah sebesar mana sehingga memerlukan mereka dihukum.

Ekoran penyebaran gambar makan BAK KUT TEH bersama-sama ucapan SELAMAT BERBUKA PUASA yang dilihat bermotifkan penghinaan terhadap agama Islam, banyak pihak yang melakukan tekanan terhadap pasangan berkenaan. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh pelbagai golongan termasuklah dari masyarakat Cina dan India walaupun tiada seorang pun daripada mereka adalah dari DAP atau PKR.

Pasangan berkenaan cuba bertahan dengan penghinaan yang dilakukan terhadap umat Islam dan amalan Islam sehinggalah apabila akaun Facebook mereka dibatalkan. Namun sebagai manusia yang tidak tahu diuntung, pasangan tersebut sekali lagi menyeranah semua pihak yang telah menyebabkan akaun Facebook mereka dibatalkan oleh pengendali laman sosial tersebut.

Telah kecoh yang SKMM akan memanggil kedua-duanya untuk memberi keterangan berhubung penghinaan yang telah dibuat. Namun ramai yang melihat tindakan tersebut sebenarnya hanyalah untuk memenuhi protokol semata-mata tanpa sebarang tindakan..

1 comment:

  1. Padamkan FB dia buat pe....... tak da impek pun. Dia boleh muncul lagi dalam bentuk lain. So..... kalian pikir sendiri lah.

    ReplyDelete