ANIMSI

home

Followers

Sunday, 16 June 2013

INI MUKA SI BANGSAT!!!

Individu terakhir yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Halim Mu'adzam Shah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. 




Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria berkata, individu yang merupakan pemilik akaun Facebook Carol Tay itu hadir bersama peguamnya kira-kira pukul 1 petang.

"Polis mengambil keterangan daripada wanita itu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi sambil menambah wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis pukul 5.30 petang.

Pada 1 Jun lalu, akaun Facebook yang menggunakan nama Melissa Gooi didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim sempena Hari Keputeraan baginda.

Kenyataan itu turut menerima ulasan yang menghina Yang di-Pertuan Agong daripada rakan-rakannya. 



Susulan itu, polis menerima 35 laporan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun Facebook itu serta mereka yang menyokong kenyataan berbaur hasutan berkenaan

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Iklankan apa saja barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

    Terima kasih

    ReplyDelete