ANIMSI

home

Followers

Monday, 17 June 2013

PAS PARAH!! GERAKKAN UNTUK MENGGULINGKAN PRESIDEN KINI BERJALAN???!!!


 PAS PAS KIH KIH KIH KIH!!!

Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan isu pertindihan calon PSM-Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN), Kota Damansara, Selangor hanya sebagai ‘bongkah ais’ (tip of the iceberg), lapor Roslan Bian, wartawan Agendadaily.

Memetik pendapat Ahli Majlis Syura Pas, Zainuddin Muhamad yang berkata tindakan Khalid yang mengkritik Abdul Hadi Awang itu sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada parti seumpama kapal yang belayar dan terlanggar bongkah ais kerana ia hanya nampak kecil tetapi besar di dalam dasar laut.
Menerusi pesanan ringkas (SMS) yang semakin tersebar dalam Pas, Zainuddin membayangkan Khalid seumpama ais yang timbul di permukaan laut, sekalipun nampak kecil tetapi kewujudannya menunjukkan terdapat bongkah yang besar di bawahnya.
“Sebagaimana ada pihak yang hairan bagaimana tulisan Khalid mengkritik kepimpinan parti boleh tersiar dalam harakahdaily, itu memang pelik bagi mereka yang hanya melihat ais tetapi tidak bagi mereka yang menyelami lautan glasia,” kata Zainuddin yang juga menantu kepada Presiden PAS.

Isu DUN Kota Damansara juga dijadikan alasan kekecewaan PKR yang menjangkakan parti itu menang di kerusi berkenaan dan memperolehi 15 kerusi DUN.
Bagaimanapun, calon PKR, Dr. Mohd Nasir Hashim yang juga Presiden PSM (Parti Sosialis Malaysia) tewas kepada BN, PKR hanya menang 14 kerusi DUN dan dipintas Pas yang memperolehi 15 kerusi.

Ini juga menyebabkan PKR terpaksa melepaskan satu kuota kerusi Exco kepada Pas.
Khalid yang sepatutnya gembira dengan peningkatan kerusi dimenangi Pas serta pertambahan kerusi Exco bagaimanapun bertindak seolah-olah mewakili PKR dengan mengkritik pimpinan Pas.

Ekoran itu juga, Pas terpaksa mengadakan pertemuan dengan PSM minggu depan bagi menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit termasuk isu DUN Kota Damansara.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada 18 Jun ini bertempat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Menurut SMS Zainuddin lagi, sejak kepimpinan ulama daripada awal 80-an, kepimpinan parti tidak pernah bergoyang melainkan selepas kewujudan mesyuarat-mesyuarat sulit membabitkan Khalid pada awal 2000.
“Walau bagaimanapun, anginnya perlahan, justeru kebanyakan ahli mesyuarat Khalid tidak banyak berada dalam posisi penting parti melainkan hanya dipinggiran tanpa portfolio utama.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini, ahli-ahli mesyuarat Khalid yang dulunya berada dalam pinggiran sekarang sudah berada di posisi-posisi penting. Hasilnya, kelihatan sekarang setelah bekerja keras menjatuhkan si polan dan si polan,” ujar beliau.
Beliau memberikan contoh usaha menjatuhkan Ustaz Hassan Shukri yang dianggap benteng jati Pas pusat dan pas negeri Selangor. 

“Perlbagai usaha bagi menjatuhkan beliau sehingga pernah digelar kuda tua dan lain-lain gelaran disebarkan melalui saraf-saraf mereka. Antara ahli mesyuarat itu adalah Khalid.
“Kenapa dulunya mereka hanya di pinggiran tetapi sekarang sudah berkuasa? Point jelas iaitu mereka yang menghentam Presiden sekarang supaya menyerahkan kerusi kepada PKR ialah mereka yang sama menjadi ahli mesyuarat yang menjatuhkan Ustaz Hassan,” tegasnya.
Menurutnya isu pertindihan kerusi bukan perkara pelik politik, malah turut berlaku di antara PKR dan DAP di Gelang Patah.
Namun, isu itu akan reda selepas habis PRU 13, sebaliknya isu Kota Damansara, ia semakin bergolak selepas PRU 13.
“Isu kerusi bukan sahaja berlaku antara PKR dan Pas tetapi juga babitkan PKR dan DAP. Apa yang menarik tiada jawatankuasa DAP marah kepimpinan tertinggi mereka tentang kerusi direbuti termasuk di Gelang Patah,” kata beliau lagi.

Beliau mendakwa ada enam ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang beria-ia membiarkan kerusi Pas diambil dengan semborono oleh PKR dengan pengisytiharan awal tanpa Pas terlebih dahulu.

“Pencerobohan PKR terhadap kerusi Pas bukan satu perkara kecil. Tetapi 6 AJK Pas Pusat mempertahankan tindakan PKR dan mengkritik Presiden dengan kasar serta biadap kerana Presiden mempertahankan kerusi terus diambil secara demikian,” ujarnya.
Katanya, antara yang memperjuangkan PKR dalam Pas termasuk Khalid sendiri.
“Sebab itu bagi mereka yang menyelam dasar laut, mereka akan tahu adakah bongkah itu kecil atau besar. Sebab itu bagi saya, episod Khalid dengan sandiwara ciptaannya berkaitan isu Kota Damansara yang dikatakan sudah selesai adalah ketulan ais yang kecil dipermukaan laut luas,” katanya.

1 comment:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete