ANIMSI

home

Followers

Tuesday, 18 June 2013

APA?? ZAHID HAMIDI TEMUKAN ANWAR DAN NAJIB?!!


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan khabar angin beliau menjadi perantara pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berlaku di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
 
Katanya, beliau mengiringi Perdana Menteri ke negara jiran itu Isnin lalu bagi menghadiri beberapa program yang diaturkan tetapi bukan untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Khabar angin ialah khabar angin, saya ada program sendiri dan Anwar juga begitu. Perdana Menteri tidak bertemu Anwar setakat yang saya tahu.

"Saya ingin nafikan pertemuan Anwar dan Najib serta saya dalam pertemuan itu walaupun ketiga-tiga kami berada di Jakarta tetapi mempunyai program yang berbeza," katanya selepas menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Ahli Lembaga dan Ahli Lajnah Tahseh al-Quran di Hotel The Everly di sini hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan penafian Perdana Menteri yang didakwa bertemu dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang, The Malaysian Insider baru-baru ini.

Laporan portal propembangkang itu yang dipetik berkata, pertemuan yang diatur oleh Ahmad Zahid itu bagi membantu Perdana Menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

psssst: Pembangkang pun dah takda cerita lain..kih kih kih!!

No comments:

Post a Comment