ANIMSI

home

Followers


Wednesday, 8 May 2013

BIKIN PANAS LAGI!! AZMIN ALI DAN TIMBALANYA ZURAIDA AKAN LEPAS JAWATAN!!!!


Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber PKR dilaporkan Antarapos, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Abdul Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.
Difahamkan, sebelum ini Anwar merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Abdul Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.
Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.
Antarapos turut melaporkan penegasan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang meminta PAS dan DAP tidak campurtangan dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu.
“Saya baca dalam surat khabar dengan PAS buat kenyataan nak kekalkan dengan DAP…lepas tu Rani pula jawab (beliau) bersedia jadi MB. Saya ingat apahal dengan dia orang ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan ke?
“Sedangkan keputusan belum buat lagi, sedangkan ini kerusi Keadilan, kenapa PAS dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Itu persoalan saya,” Zuraida memberitahu Antarapos.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi DUN berbanding DAP dan PAS.

Sungguhpun DAP menang 15 kerusi DUN, ia tidak mempunyai wakil rakyat Melayu-Islam untuk dicalonkan sebagai MB, bererti jawatan itu harus diisi oleh PAS ataupun kekal dengan PKR.
Pada PRU lalu, PAS memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR, memberikan pakatan pembangkang kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan oleh parti.
Zuraida berkata jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campurtangan pihak ketiga.
“Keadilan sendiri belum putuskan. Tapi DAP dan PAS kenapa teruja sangat, kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini, menamakan diri sendiri misal Rani menawarkan (diri untuk) kerusi MB, apa hal ni?” kata beliau.

“Kerusi (jawatan MB) ini memang Keadilan punya. Jadi kenapa PAS dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini Keadilan punya, Keadilan belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” tambah Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Roslan Bian, wartawan Agendadaily mengupas tentang ketidakhadiran Azmin dalam perhimpunan di Stadium Kelana Jaya semalam yang turut ada kaitan dengan perlantikan MB Selangor baharu
“Dalam pada itu ramai jadi bertambah sangsi bila kelibat Azmin tidak kelihatan di himpunan anjuran pakatan rakyat di Stadium Kelana Jaya Rabu malam.
“Kenapa dia tidak hadir?
“Biasanya dia akan berdiri tegak disebelah Anwar di acara seperti itu.
“Apakah dia bersembunyi di celah ribuan orang di situ?
“Yang pasti kalangan wartawan dan jurugambar yang tercari-cari kelibatnya tidak nampak sampai ke sudah perhimpunan, “katanya.
Turut dibangkitkan persoalan tulisan di twitter Azmin yang bernada ‘lain macam’.
“Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat. #fb”, tulis Azmin di twitter pada Selasa.

Lepas itu : “Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal ! #fb”
Rabu pula : “Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. #fb”
Kemudian : “Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat. #fb”
Soal wartawan, “Apa yang sebenarnya Azmin nak sampaikan menerusi tweet itu ? ”

1 comment:

  1. Ni baru nak jadi MB di Selangor je. Belum tempat lain lagi. Tu pun dah bertelagah dah. Belum nak jadi PM lagi. Habis cam mano.

    ReplyDelete