Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata masyarakat bukan Islam
yang mengikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini bukan bertujuan
untuk politik semata-mata tetapi untuk menanamkan bibit-bibit perkauman
setelah gagal menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
“Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila
kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut
sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan
Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka
marah.
“Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan
Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, (masih) kata (pilihan raya)
tak betul,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Harussani apa yang dilakukan Anwar bertentangan dengan keputusan Dewan Ulama Pas.
“Saya juga tak faham apa mereka (pembangkang) ini nak sebenarnya
apabila pada masa sama Dewan Ulama Pas pula buat keputusan meminta semua
kepimpinan pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.”
Dalam masa sama Harussani turut meminta Anwar menerima keputusan PRU 13 sebagai ketentuan takdir.
Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan
perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan
negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam
kalangan rakyat.
Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem
demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan
yang telah ditentukan Allah.
“Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah
keputusan itu, kenapa nak bantah? Pada saya, sebenarnya bukan kerana
soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka
kerajaan, itu saja.
“Nasihat saya satu sahaja. Mereka kena terima benda ini sebagai
takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa
tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi
bergaduh nanti.”
Harussani mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan
perhimpunan termasuk di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, Selangor
Rabu lalu bagi membantah keputusan PRU 13.
Menurut beliau, rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan
Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk
pembangkang patut menghormatinya.
Nak buat macam mana...Boss Yahudi Zionist dia tak nak terima yang proksi mereka kalah...Berbillion dah di labur tapi kalah...mesti marah.
ReplyDeleteTu yang dok meraban tak tentu hala...