Sekumpulan 21 rakyat Malaysia yang ditahan di Singapura kerana didakwa berhimpun secara haram kerana membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Mereka ini yang majoritinya berbangsa Cina telah ditahan sekitar jam 4.50 petang semalam apabila berhimpun menyuarakan protes mereka di Merlion Park.
Tindakan
mereka ini jelas sengaja mahu menimbulkan provokasi di negara luar
seolah-olah ingin menunjukkan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan
yang penipu dalam mengendalikan pilihan raya. Sedangkan keputusan itu
telah disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan diwartakan dalam
masa terdekat.
Kerajaan BN telah memenangi 133 kerusi
berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang hanya memenangi 89 kerusi, dan
sistem di negara ini mengguna pakai jumlah kerusi dimenangi parti untuk
membentuk kerajaan. Sebaliknya kumpulan penyokong pembangkang pula kerap
memainkan sentimen undi popular, seolah-olah mereka popular maka mereka
berhak menjadi kerajaan.
Sedarlah wahai pembangkang, kamu hanya
mendapat majoriti popular di beberapa negeri sahaja, bukan seluruh
negara, dan jumlah undi popular PR juga sebahagian besar diperolehi
daripada Selangor, dengan lebihan 400,000 undi popular.
Itu tidak menggambarkan mereka popular
di keseluruhan negara. Itulah kebodohan pemimpin pembangkang yang
kemudiannya membodohkan pengikut mereka yang taksub dengan pemimpin
bodoh. Malah, akhbar-akhbar luar negara juga dilihat mula menyerang
kepimpinan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan
menyiarkan kartun, pojok, dan artikel yang menyindir Najib dalam artikel
mereka.
Tindakan kumpulan ini mengadakan protes
di luar negara juga diragukan, kerana umum mengetahui mereka hanya
mahukan perhatian antarabangsa bagi membolehkan mereka dilihat seperti
“mangsa kekejaman kerajaan” sedangkan mereka adalah manusia bodoh.
Dipercayai, sekumpulan rakyat Singapura
juga akan mengadakan protes sama esok bagi membantah keputusan pilihan
raya di Malaysia. Persoalan di sini, apakah motif mereka mengadakan
demonstrasi? Dan keduanya, siapa mereka ini?
Ia masih menjadi persoalan dan apa yang
berlaku di Malaysia tiada kena mengena dengan urusan penduduk Singapura,
apatah lagi ianya adalah soal politik negara.
Jika ianya adalah mainan pembangkang,
ternyata mereka sudah mula naik lemak kerana menjadikan negara ini
seolah-olah badut yang ditertawakan dengan menjatuhkan kredibiliti
Malaysia sebagai sebuah negara kecil di dunia yang amat dihormati.
Kerajaan BN telah pun menjawab segala
tuduhan dan dakwaan kosong pembangkang mengenai penipuan dalam pilihan
raya, namun atas sikap kebodohan yang melampau mereka membutakan mata
dan memekakkan telinga menolak penjelasan kerajaan. Apa yang mereka
mahukan adalah BN menjadi pembangkang dan Anwar Ibrahim menjadi perdana
menteri. Itu adalah matlamat mereka, tanpa ada sebarang tujuan untuk
memajukan negara.
Mereka juga dilihat bergitu terdesak
mendapatkan khidmat “orang luar” membantu mereka dengan menggunakan
negara jiran sebagai pentas lakonan mereka.
Pembangkang perlu menerima kekalahan
mereka dengan hati terbuka dan mencuba lagi ketika Pilihan Raya ke 14,
kerana majoriti pemimnpin pembangkang seperti Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, Karpal Singh, dan Lim Kit Siang telah bersepakat menerima
keputusan PRU 13.
Apa lagi si Anwar bodoh ini mahukan?
Sedangkan hanya dia sahaja yang kononnya tidak berpuas hati dengan
keputusan PRU 13. Malah Azmin Ali, timbalan presiden PKR juga mengeji
sikap Anwar yang hanya tahu menganjurkan demonstrasi dan protes tanpa
memikirkan proses jangka panjang pentadbiran negara yang lebih utama.
No comments:
Post a Comment