ANIMSI

home

Followers


Friday 12 April 2013

VIDEO PEMIMPIN PAS LAGI POWER DARI NUAR!! PERGHH!!

Setelah foto-foto printscreen dan video berdurasi 11 minit 25 saat yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi PAS dikeluarkan semalam dan menghangatkan politik negara, rakyat tentu mengharapkan pihak pembangkang menjawab dakwaan isu keburukan moral pemimpin ini


Yang menariknya ialah di antara pihak yang pertama cuba mempertahankan imej parti PAS dan pembangkang ialah portal YahudiKini MalaysiaKini ! Dan artikel penafian itu ditulis sendiri oleh editor kanan portal tersebut.

Manakala tajuk artikelnya 'Video lucah pemimpin PAS pula tersebar' sudah pasti akan menimbulkan polemik dalaman. Tiada lagi kiasan atau ayat 'mirip pemimpin PAS' sebagai tajuk pilihan portal tersebut.

'Video xxx pemimpin PAS pula tersebar' dengan 'Video xxx mirip pemimpin PAS pula tersebar' adalah 2 tajuk yang jauh berbeza dan tidak sama langsung.

Kenapa portal YahudiKini MalaysiaKini seolah-olah mengiakan dan sanggup berbuat demikian padahal pemimpin yang cuba dipertahankan mereka ialah dari Pakatan pembangkang?


Seperti kita semua tahu, portal MalaysiaKini menerima dana daripada Yahudi dan telah didedahkan sebelum ini.
Wartawan veteran Y.L. Chong meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih dari sedekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengaku mereka menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros. 
"Saya memberitahu Malaysiakini 11 tahun lalu untuk menjernihkan keadaan dan tidak menyembunyikan maklumat daripada pelanggan dan pembaca. 
"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana enggan terlibat merahsiakan hubungan dengan Soros," katanya dalam satu temu bual. seterusnya
Berbalik kepada isu video kontroversi ini, di antara laporannya :
Sementara Malaysiakini difahamkan tentang kewujudan imej ini sekitar 8 malam tetapi mengambil keputusan tidak melaporkan sehingga mendapat ulasan tuan punya badan. seterusnya 10:04 am Apr 12 2013
Husam Musa telah menjawab bagi pihak 'badan' dan ianya menimbulkan lagi pelbagai persoalan yang negatif.  Tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya, Husam begitu cepat menafikan isu besar ini. Di antara kenyataannya :
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa percaya, video seks baru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti Islam itu "palsu" dan parti tidak perlu menyiasatnya. 
"Jika mereka boleh buat video Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka boleh buat video melibatkan sesiapa sahaja," kata Husam (kiri) ketika ditemui pagi ini. seterusnya (11:17am Apr 12 2013)
Di bawah adalah jawapan 'tuan punya badan'.
KENYATAAN MEDIA 
Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan. 
Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS.
Kita tentu hairan dengan jawapan Mustafa Ali kerana beliau diharapkan menafikan isu ini dan bersumpah muhabalah untuk memberikan nama beliau. Tetapi ianya tidak terjadi. Bagaimana pun, kita menghormati undang-undang dan Mustafa Ali mempunyai hak untuk membela diri.

Yang jelas ialah ketidakmampuan portal pro-pembangkang untuk menafikan identiti individu di dalam video tersebut

Sebaliknya, MalaysiaKini menulis persoalan strategi pendedahan yang sudah tentu berbeza dengan pendedahan yang lain seperti 'kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut' , 'kenapa tidak diedarkan di Marang' atau pun 'kenapa tidak disebarkan dalam internet'.

Dan MalaysiaKini menggunakan entri-entri bloggers pro-UMNO untuk cuba mengelirukan perkara utama di dalam video ini iaitu isu moral. 

Selain daripada itu, MalaysiaKini juga melaporkan :
Walaupun ia tidak mustahil, dan sekalipun video itu benar, bagaimana mungkin PKR merancang menggoda tokoh PAS itu dan kemudiannya merakam pula aksi ranjangnya? 
Jika ia benar, tentulah ia diusahakan oleh unit perang saraf terbaik PKR sehingga tidak terbocor kepada sesiapa -- daripada mengupah wanita itu, kemudian menggoda tokoh politik berkenaan dan kemudian lagi memasang kamera di bilik tidur.
MiM difahamkan bahawa perbualan di antara wanita dan lelaki mirip pemimpin tertinggi PAS begitu mesra menunjukkan pertemuan itu bukan kali pertama dan terdapat aksi mengurut lelaki tersebut.

Tiada 'goda menggoda' dan ianya lebih kepada aksi seorang lelaki diurut dan melakukan aksi terlarang.

Yang paling kelakarnya ialah finale kepada artikel YahudiKini MalaysiaKini itu :
Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti.
Yang tunggang langgangnya ialah aksi akrobatik di dalam video tersebut. Dan sungguh hairan jika orang ramai 'cukup meluat dan menentang BN habis-habisan' jika video yang didedahkan itu benar.

Realitinya, orang ramai akan tentang ialah parti yang menyimpan pemimpin-pemimpin yang rosak moral dan tidak mahu mengaku perbuatannya.

No comments:

Post a Comment