ANIMSI

home

Followers


Thursday 21 February 2013

POK NIK : YANG TERIMA BANTUAN DIGELAR BINATANG, ABIS TU POK NIK BAGI AMACAM ?


POK NIK BAGI DUIT KAT ORANG ASLI MASA PRK GALAS..
Kah Kah Kah!!
Ahli pas pun digelar Binatang!!

Salam 2 all.

Satu lagi adengan politik flip-flop persembahan Datuk Nik Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Majlis Syura PAS merangkap penceramah tetap PAS dan pelbagai merangkapan lagi.

Dalam ceramah di pintu Stadium Kota Bharu sekembalinya daripada Arab Saudi semalam, Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan saperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri.

Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut saperti memberi hampas kepada ayam, saperti memberi jerami kepada lembu. Maknanya rakyat yang menerima bantuan kewangan saperti BR1M dan lain-lain daripada Kerajaan Persekutuan adalah setaraf haiwan ayam dan lembu mengikut patwa terbaru Nik Aziz!!!

Dan yang lebih hebat, Nik Aziz kata pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu tidak Islamik! Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan patwa mengikut sesedap nafsu tanpa sebarang asas kepada nas Al-Quran & Hadis!

Persoalannya, bukankah Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali memberikan wang tunai kepada orang ramai. Teman ingat lagi semasa PRK-Galas, gambar Nik Aziz sedang menghulor duit kepada orang ramai jelas terpampang! Begitu juga gambar Nik Aziz sedang mengagihkan duit kepada sami-sami Budha, masih tersimpan dalam arkib!

Jadi kalau rakyat yang menerima bantuan dipanggil ayam dan lembu, apakah panggilan yang layak diberi kepada Nik Aziz?

Inilah politik flip-flop dan cakap tak serupa bikin daripada Nik Aziz. Bila dia buat semua halal dan Islamik belaka, orang lain buat semua haram dan tidak syarie saja!

Jadi kepada orang PAS-DAP-PKR dan penyokong pembangkang yang dah ambil bantuan kerajaan Persekutuan samada melalui BR1M dan lain-lain, eloklah mike pulangkan balik duit-duit tu. Bukan sahaja ianya tidak Islamik, malah nanti tok guru mike memperayam & memperlembukan mike yop!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Rabi'ul Akhir 1434
21 Februari 2013

1 comment: