Media
Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika
penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan
keselamatan Malaysia di Lahad Datu.
Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.
Akhbar
itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan
Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang
mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata
terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.
Sama sama kita mendoakan agar dipermudahkan urusan anggota keselamatan kita dalam memperjuangkan tanah air Sabah Amin !!!
No comments:
Post a Comment