Kih Kih Kih!!
Dengan
kapasiti tempat duduk stadium yang hanya 30,000 dan luas padang stadium
yang hanya lebih kurang 50 ribu kaki persegi, masihkah ada yang percaya
bahawa hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat mencecah 200,000 orang
seperti yang didakwa Harakah? Malah, laporan media-media pembangkang
serta laman sosial penyokong-penyokong mereka juga ada yang mendakwa
lebih lagi, iaitu sehingga 700,000!
Jumlah ini dikira kononnya berdasarkan stadium yang padat, ditambah
dengan peserta diluar yang merangkumi perimeter sejauh 7km sekeliling
stadium. Adakah sesiapa yang akan percaya dakwaan pembangkang ini?
Kih Kih KIh!!
Jika dakwaan mereka benar, tentulah Kuala Lumpur menyaksikan
kesesakan lalulintas yang teruk serta rungutan para peniaga sepertimana
yang berlaku dalam himpunan-himpunan yang didalangi PR sebelum ini.
Tetapi, ini semua tidak berlaku. Malah, peserta juga tidak menghadapi
masalah atau halangan untuk ke lokasi perhimpunan kerana tiada sekatan
jalanraya secara besar-besaran.
Hakikatnya, walaupun keadaan begitu longgar, PR masih tidak mampu
mengumpul 1 peratus pun dari jumlah sasaran 1 juta, apatah lagi 200,000
hingga 700,000. Jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis iaitu 30
ribu di tempat duduk stadium, 10 ribu di padang stadium dan lebih kurang
5 – 7 ribu di luar stadium adalah lebih munasabah untuk diterima di
akal.
Kih Kih Kih !!
Ini kerana, logik PR yang mengambil kira perimeter sejauh 7km tidak
boleh dipakai kerana adalah mustahil untuk peserta berada di sekeliling
stadium. Hanya satu jalan sahaja yang dipenuhi mereka iaitu di hadapan
pintu stadium, itupun hanya menyaksikan barisan peserta sejauh 1km atau
kurang. Keadaan di jalanraya di kawasan lebih dari 1km dari stadium
adalah lengang, aman dan tenteram. Hanya kelihatan beberapa peserta yang
mungkin balik awal, atau terlambat datang yang mundar mandir, berjalan
santai dalam beberapa kumpulan.
Mungkin kerana telah mendapat maklumat lebih awal bahawa keadaan akan
mudah dikawal, maka pihak mengambil keputusan untuk bersikap tidak
begitu tegas sepanjang perhimpunan berlangsung. Maklumat dan tindakan
pihak polis terbukti tepat apabila peserta juga tidak membuat provokasi
dengan mencabar polis atau bertindak ganas. Kih Kih Kih!!
Maknanya, polis telah dapat mengagak jumlah peserta sebelum
perhimpunan bermula lagi tetapi PR masih tidak dapat menganggarkan
jumlah tepat peserta walaupun perhimpunan telah selesai.
Perbezaan besar di dalam jumlah yang dilaporkan media pro-PR dengan
sendirinya membuktikan yang PR hanya ‘hentam’ sahaja dalam membuat
laporan mengenai sambutan terhadap HKR. Yang sebenarnya, PR cukup maklum
yang HKR telah gagal dan tiada sambutan. Ia dapat dihidu sejak malam
sebelumnya lagi di mana hanya mampu mengumpul seribu orang.
Ada juga peserta yang berkata bahawa HKR adalah jauh lebih hambar
dari BERSIH 3.0. Terdapat ramai yang pulang awal dan kaum Cina dan India
juga sudah tidak ambil peduli lagi.
Yang terus dibuai mimpi, percaya bermati-matian bahawa gambar-gambar
superimpose serta stadium kecil dengan ruang di luar yang terhad itu
mampu menampung sehingga 200,000 – 700,000 orang adalah benar, hanyalah
puak-puak balaci PAS dan segelintir remaja-remaja haprak dalam PKR.
Mereka inilah saja harapan PR untuk meneruskan langkah menuju
pilihanraya.
Mahu tidak mahu PR perlu terus menjaja gambar superimpose tersebut
untuk menyedapkan hati penyokong mereka. Manakala, media seperti Harakah
pula perlu terus memainkan peranan menjaja pembohongan demi menutup
malu.
Lagipun, bukanlah Harakah namanya jika melaporkan yang benar iaitu
bahawa HKR gagal kerana peserta yang hadir tidak sampai pun 50,000
orang? Tidak mungkin Harakah mampu menjelaskan bahawa jika stadium
tersebut menampung lebih sedikit daripada jumlah itu, maka kita pasti
menyaksikan tragedi stadium runtuh dengan kecederaan atau kematian para
peserta HKR.
Tetapi, tidak mustahil juga inilah sebenarnya yang diharapkan
pemimpin PR, iaitu tragedi berlaku bagi membolehkan mereka menyalahkan
kerajaan… malangnya, untuk tujuan ini juga mereka telah gagal.
Kih Kih Kih!!
Duk Kata Utusan Putar Belit!!
Sape Yang Putar Belit Woi!!
Depa Nak Tipu Rakyat!!
Kih Kih Kih!!
Anwar Bengang Kih kih kih!!
Perhimpunan Tak Menepati Sasaran!!
Target Sejuta!!
Nak Maki Bagi 2 Juta!!
Kih Kih Kih!!
No comments:
Post a Comment