ANIMSI

home

Followers

Tuesday, 18 December 2012

PANAS! MUDAH LIM GUAN MEMALUKAN AZIZAN..ALAHAI!!


Saya masih teringat tentang pembentangan Bajet Negeri Kedah 2013 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak di sidang DUN terakhir sebelum PRU ke-13 dan menentukan sama ada PAS Kedah akan terus menipu dan merompak lagi di negeri itu.
Ketika berdiri membentangkan bajet berkenaan, Azizan begitu yakin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah akan memperoleh sebanyak RM20 juta dari hasil penjualan air mentah kepada Pulau Pinang pada tahun 2013.
Kononnya, dengan penjualan air mentah kepada kerajaan pimpinan Lim Guan Eng itu, Kerajaan PAS Kedah akan dilihat “bijak” dan “pandai cari duit”, sekaligus mengurangkan jumlah defisit bajet tahunan yang dibentangkan oleh “pakar ekonomi” PAS Kedah.
Ketika memberitahu dewan mengenai perkara berkenaan, ADUN-ADUN UMNO/BN bingkas bangun menunjukkan sekeping naskhah surat khabar berbahasa Cina yang memberitahu bahawa Guan Eng tidak tahu dan enggan membayar harga air mentah sebagaimana yang diminta Azizan.
Menyanggah keyakinan Azizan, Guan Eng berkata bahawa tuntutan pembayaran air mentah itu adalah satu kekeliruan di kalangan pegawai Azizan di Kedah dan “Khalifah” kesayangan PAS itu menyuruh PAS Kedah “selesaikan” hal berkenaan dengan pegawai berkenaan.
Dalam bahasa mudah, Guan Eng enggan membayar sebanyak RM20 juta bagi harga air mentah yang diperoleh dari Sungai Muda yang asalnya mengalir dari negeri Kedah ke Pulau Pinang.
Begitu mudah sekali Guan Eng “menampar” dan memalukan Azizan Razak? PAS tak malu melihat Menteri Besar mereka “ditampar” begitu saja oleh DAP?
Mungkin berlakon dan cuba mempertahankan air muka Azizan, seteru politik dalaman Menteri Besar itu, Phahrolrazi Zawawi tampil baru-baru ini menempelak Guan Eng dan memaksa Ketua Menteri Pulau Pinang itu membayar tuntutan tersebut.
Malangnya, Guan Eng tidak mempedulikan langsung kemarahan Exco Kerajaan PAS Kedah itu dan hanya menghantar Pengurus Besar Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa untuk menjawab gertakan Phahrolrazi.
Kata Jaseni, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu membayar tuntutan yang dibuat oleh Kerajaan PAS Kedah itu memandangkan Sungai Muda turut mengalir di dalam kawasan negeri Pulau Pinang dan mereka hanya menggunakan sumber air yang mengalir di dalam negeri itu sahaja.
Nah! Sekali lagi Kerajaan PAS Kedah dimalukan macam “budak bodoh” oleh seorang pengurus air di Pulau Pinang. Tempelak seorang Exco yang dikatakan “bakal Menteri Besar” telah “dihentak” kembali oleh seorang pengurus? Memalukan sungguh!
Sebenarnya, saya tak tahu dimana titik persefahaman atau slogan “sejiwa dan sekata” di antara DAP dan PAS yang kononnya mahu membina sebuah kerajaan bersama.
Bukan saja perjuangan PAS yang membabitkan Islam ditentang dan dihapuskan oleh DAP, tentang masalah sekecil sumber air mentah pun mereka bertelagah, tidak sefahaman dan gagal mendapat persetujuan bersama.
PAS Kedah cuba menipu Dewan Undangan Negeri kononnya mereka boleh dapat RM20 juta dari Guan Eng. Padahal, Guan Eng sedikit pun tidak pernah setuju untuk “beri muka” kepada PAS Kedah dalam hal ini.
Malah lebih menarik, Guan Eng malukan pula PAS Kedah dengan memberikan kenyataan akhbar menafikan keyakinan Bajet Negeri Kedah 2013 sehari selepas dibentang Azizan di dalam dewan tersebut!
“Daulah Islamiyyah” sudah dihapuskan. Hudud sudah dipatahkan. Cita-cita PAS mahu melihat Hj Hadi menjawat jawatan Perdana Menteri pun sudah dikuburkan. Kini kehendak PAS Kedah mahukan RM20 juta setahun dari Pulau Pinang pula dipunahkan DAP dan Guan Eng!
Dimana lagi PAS mahu letak muka? PAS tak tahu rasa malu, kah? Apakah seluruh pemimpin, ahli dan para penyokong PAS semuanya bermuka tembok? Itu pun PAS masih menganggap “tahaluf siyasi” mereka menguntungkan?
Apa PAS ini “tunggul kayu” di dalam Pakatan Haram? Masih lagi nak berpeluk dengan DAP? Memang muka tak malu betul..!!!

No comments:

Post a Comment