ANIMSI

home

Followers

Tuesday, 11 December 2012

Gobala : Anwar Beri Tanah Selangor kepada Kroni!!


Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar dan peguam PKR Sivarasa Rasiah didakwa menjadi dalang merampas 25 ekar tanah estet di dua buah lokasi di negeri itu, kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan.
Tanah-tanah yang terlibat adalah 10 ekar tanah Estet CoalField dan 15 ekar tanah Estet Bukit Raja.
Dalam kes melibatkan tanah Estet Bukit Raja, Sivarasa yang merupakan peguam mewakili penduduk di ladang berkenaan menyarankan agar tanah tersebut diserahkan kepada kerajaan negeri untuk pembangunan usahawan.
“Tanah diberi untuk 26 keluarga itu, tetapi tanah 10 ekar itu dirampas, siapa dalang di belakang itu ialah Exco kerajaan negeri, Dr Xavier dan kerajaan negeri sendiri dan itu adalah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Menteri Besar, Tan Sri Khalid sendiri.
“Dan satu lagi tempat adalah ladang Bukit Raja, CoalField Estet 10 ekar,ladang Bukit Raja 15 ekar, 15 ekar ini diberikan oleh Sime Darby untuk pekerja-pekerja estet Bukit Raja.
“Tetapi apa yang berlaku ialah YB Sivarasa, Ahli Parlimen Subang adalah peguam yang mewakili mereka dan Ahli Parlimen ini telah menggalakkan supaya tanah 15 ekar itu diambil daripada pekerja-pekerja estet ini dan diberi kepada pembangunan usahawan lain,” katanya kepada Antarapos.
Pekerja estet yang terdiri daripada masyarakat India didakwa dianiaya dalam urusan pemberian tanah yang dirampas kerajaan Selangor tanpa penjelasan yang kukuh.
Pada Oktober lalu seramai 69 orang penduduk Kampung Seri Aman yang menetap bersebelahan Estet Coalfields meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor di mana mereka terpaksa berdepan isu hak pemilikan tanah yang tidak berkesudahan.
Penduduk di situ mendakwa hanya mahukan tanah yang mereka duduki sejak sebelum merdeka namun tidak diendahkan kerajaan negeri walaupun surat dan petisyen telah dihantar.
“Kebanyakan penduduk juga membantah untuk dipindahkan di tapak yang disediakan kerana tidak mempunyai wang untuk membina rumah baru dan terpaksa menanggung kos infrastruktur selain terpaksa merobohkan rumah yang dibina dengan hasil kudrat sendiri,” kata wakil penduduk K Saravanan.
Anwar galakkan kronisme di Selangor
Dalam pada itu, Gobalakrishnan yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, turut mempersoalkan kredibiliti Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membenarkan kronisme berleluasa dalam pentadbiran negeri itu.
“Tetapi apabila dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, sepuluh ekar CoalField Estet dia rampas, 15 ekar Bukit Raja punya pekerja estet dia rampas, tetapi Anwar berikan 500 ekar untuk kroni beliau di Hulu Selangor, untuk tanam pisang.
“Dia ambil alih 500 ekar dan bagi kepada kawan baik beliau untuk tanam pisang, padahal Coal Field Estet 26 keluarga, KL Kepong bagi 10 ekar dirampas, Bukit Raja 15 ekar dirampas, rakyat yang mahukan satu lot banglo atau lot rumah dirampas tanah itu, tetapi ratusan ekar diberi untuk satu kawan beliau.
“Apabila penyelewengan-penyelewengan berlaku, maka apabila kita hampiri dan bercakap dengan Anwar Ibrahim, Anwar Ibrahim katakan ini adalah cara dia membuat keputusan,” katanya dengan nada berang.
Gobalakrishnan turut menyuarakan kegusarannya jika perkara ini berlanjutan sekiranya pembangkang berjaya menakluk Putrajaya kelak.
Katanya beliau pernah meluahkan pendapat dan teguran kepada Anwar berikutan masalah berkenaan dan penyelewengan dalam parti, tetapi sebaliknya beliau mendapat ‘sepatah dua kata’ daripada Ketua Umum PKR itu.
“Anwar berkata mempersoal penipuan dan penyelewengan pemilihan adalah cakap seperti cakap Barisan Nasional, dan dia kata kalau mahu, boleh tinggalkan dan sertai Barisan Nasional,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment