anwar ibrahim mengikut sejarahnya beragama islam.
asal kemunculannya dilaporkan adalah cukup hebat dalam menentang penaklukan
tentera soviet terhadap bumi afghanistan.
malah lebih jauh daripada itu, sewaktu anwar berada di dalam umno dia juga merupakan pelopor kepada agenda masyarakat madani.
bijaknya beliau berbicarawara mengenai tokoh islam dan mengupas mengenai maksud
ayat al quran yang pelbagai membibitkan perasaan seronok dan percaya rakyat
terhadap kapabilitinya untuk dikatakan bakal menggantikan dr mahathir.
itu adalah dahulu. dikala beliau berada hampir selangkah ke tampok pemerintahan negara.
hari ini imej islam beliau yang kuat ditayangkan melalui drama ABIM sudah jauh tiada.
hari ini anwar ibrahim sudah tidak seperti dahulu.
hari ini anwar ibrahim laksana ulangan din ilahi.
din ilahi punyai kalut otak yang merunsingkan, dia gagal memahami akan ketinggian
dan kesucian agama islam.
din ilahi pernah membikin ribut dalam sejarah politik islam di india apabila dia secara
solo dan membabi buta mencipta reka sebuah agama kompilasi.
agama kompilasi yang membabitkan islam, hindu, kristianiti dan zoroaism.
dia mengambil kompilasi agama untuk dijadikan satu bentuk anutan agama baru yang
digelar din ilahi.
pluralisme dan liberalisme tak lari dari konsep din ilahi.
anwar sudah mencapai tahap mahkota dewa din ilahi.
bukan setakat anwar, malah anak puakanya juga telah berjaya dalam meneruskan
legasi bapa nya.
3hari lepas anwar menjemput bapa pluralisme indonesia, bj habibie dalam menyampaikan dakwah sesat kepercayaan pluralisme.
APA ITU PLURALISME ?
pluralisme adalah pandangan dan pengakidahan yang yakin semua agama adalah
sama. ia adalah satu bentuk toleransi agama di mana fahaman ini menyatakan
bahawasanya agama adalah satu jalan berbeza namun menuju kepada satu titik kebenaran yang sama.
pandangan ini dijuarai oleh bj habibie.
pandangan ini dijuarai oleh anwar.
pandangan ini pernah dijuarai oleh din ilahi.
pandangan ini juga sedang didokong oleh pas.
jika dibiarkan ini berlaku dalam masyarakat melayu, tiada mustahil TUHAN
MARADONA, TUHAN GOOGLE JUGA BAKAL DIIKTIRAF OLEH PAKATAN
RAKYAT SEBAGAI SATU LAGI KEPERCAYAAN DAN ANUTAN AGAMA YANG
BARU !
No comments:
Post a Comment