Kerana duit, terkadang manusia itu sanggup melakukan apa sahaja.
Bagi seorang gadis di China, kerana inginkan kehidupan yang mewah dan
mahukan segala barang yang berjenama, dia sanggup mencari seorang
lelaki yang tua, untuk dijadikan ‘sugar daddynya’.
Gadis itu yang dikenali sebagai Sina Weibo dalam laman sosial telah
menunjukkan hadiah yang diterima oleh sugar daddynya sempena hari lahir
yang ke 21 tahun.
Sina telah menerima baju duit yang disusun seperti ‘dress’ dengan nilainya 200,000 yuan (RM98,000)!
Dia telah memuat naik gambarnya yang memakai baju duit itu di laman sosial.
Namun, atas tindakannya itu, ramai yang telah mengecam gadis itu
dengan mengatakan dia sebagai seorang gadis yang sakit jiwa atau terlalu
berlagak.
“Daddy telah memberikan hadiah hari jadi saya yang sangat bernilai
iaitu baju duit sebanyak 200,000 yuan! Sangat bernilai! Saya sangat
terkejut dengan hadiah ini dan barangan jenama Channel, LV dalam almari
saya sekarang ini sudah tidak bernilai,” kata gadis itu menerusi laman
sosialnya yang dipetik dari People Daily.com.
Ada juga warga internet yang menempelak gadis itu dengan mengatakan
dia bodoh kerana terlalu percayakan ‘daddynya’ kerana mengetahui kekasih
kepada gadis itu hanya mahukan hubungan seks sahaja.
Psssst: Agaknya si ketua penipu buat macam ni lakot dekat cina doll tu..berapa la agaknya cina doll tu dapat?..
No comments:
Post a Comment