ANIMSI

home

Followers


Sunday 9 September 2012

VIDEO: PENGAWAL PERIBADI ANWAR ACU PISTOL SEMAKIN BIKIN PANAS!!


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.

Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.
“Saya serahkan kepada polis,” katanya yang dipetik dari Malaysiakini.com.
Beliau menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini.
Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya.
Pengawal peribadi itu kemudiannya ditahan.

VIDEO: Pengawal Peribadi Acu Pistol, Anwar Serah Pada Polis

SEMENTARA ITU Sinar Harian Online difahamkan pengawal keselamatan telah diambil keterangan semalam dan dilepaskan malam tadi.
Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.

Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.

No comments:

Post a Comment