ANIMSI

home

Followers


Friday, 7 September 2012

PANAS! MESYUARAT PEMUDA UMNO JERANTUT DIBOIKOT KERANA TOLAK KHAIRI JAMALUDIN??!!

   
   Rata-rata ahli pemuda umno di Jerantut bagaikan tidak mengendahkan mesyuarat perwakilan pemuda bahagian Jerantut. Ada diantara mereka katanya tidak berpuas hati dengan kepimpinan yang sedia ada. Mereka menyatakan bahawa gerakkan pemuda umno Malaysia dianggap kurang kreatif dan gagal menggerakkan barisan pemuda diseluruh bahagian.

    Pemuda ramai dikalangan perwakilan umno pemuda Jerantut ingin memboikot mesyuarat pergerakkan Pemuda Umno Jerantut. Ekoran daripada ini Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut kini giat merancang strategi untuk menaikan sokongan dikalangan Pemuda Umno Bahagian Jerantut.

   Melihatkan perkembangan ini penulis mencadangkan agar KJ selaku Ketua Pemuda Malaysia dapat menyelesaikan isu ini.


Walau apa pun pendapat dan pandangan perwakilan pemuda Penulis ingin menjemput semua ke MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PEMUDA BARISAN NASIONAL PARLIMEN JERANTUT

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PEMUDA BARISAN NASIONAL PARLIMEN JERANTUT

TARIKH : 9/9/2012

TEMPAT: PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI JERANTUT(ADTEC)  KG  TEMIN

MASA    : 2.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

"ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR"



Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) bernilai RM120 juta yang bakal melahirkan tenaga kerja dalam sektor industri negara telah mula beroperasi tahun 2012 di Kampung Temin, Jerantut.

Majlis Jamuan Hari Raya Pemuda Barisan Nasional Parlimen Jerantut di ADTEC pada hari Ahad 9 September 2012 dari pukul 2pm hingga 6pm.

Dijangka hadir ialah :

  • Pemimpin-pemimpin BN dan komponen UMNO, MCA, MIC, Gerakan dll melibatkan semua sayap.
  • Ketua-ketua Jabatan.
  • Tan Sri, Dato' Sri, Dato'-Dato' Jerantut.
  • Dewan Perniagaan Cina Jerantut.
  • Dewan Perniagaan Melayu Jerantut.
  • Dewan Perniagaan India Jerantut.
  • Semua NGO dan Persatuan dan Kelab Jerantut.
  • Semua Pertubuhan Belia Jerantut.
  • Peminat dan penyokong BN Jerantut.
  • Pengamal Media baru Facebooker, Twitterer, Blogger Jerantut.
  • Orang kampong disekitar dan berhampiran ADTEC Temin.
  • Ahli PAS, PKR dan DAP yang mahu beralih arah menyokong BN Jerantut

Majlis dijangka menerima 10,000 kehadiran yang diharap dapat meraikan dengan lebih ceria Majlis Jamuan Hari Raya Pemuda Barisan Nasional Jerantut.

psssst: PPJ mengharapkan semoga semangat dikalangan pemuda dapat ditiupkan kembali bagi menentang rancangan jahat pembangkang yang rakus tamakan kuasa..

No comments:

Post a Comment