ANIMSI

home

Followers


Thursday, 26 July 2012

PANAS! GEREJA ARAH UNDI "PARTI AMAL KEBEBASAN BERAGAMA"





CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA



Oleh demikian, Persekutuan Kristian Malaysia menjemput dan menggalakkan
umat Kristian supaya menyedari hak-hak politik mereka iaitu hak untuk
mengundi dan menggunakan kuasa mengundi mereka untuk memilih sebuah
kerajaan yang akan menjamin keadilan yang saksama dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Persekutuan Kristian Malaysia tidak bermotivasikan politik
mahupun menyokong mana-mana satu parti politik.

Tindakan melaksanakan hak mengundi oleh para rakyat adalah hak asasi
terpenting dalam pemerintahan demokrasi. Hak mengundi yang dimiliki dan
tidak digunakan boleh membawa padah. Tindakan mengundi memastikan setiap warganegara mengambil bahagian dalam mewujudkan Negara Malaysia yang lebih adil dan saksama untuk generasi masa kini dan yang akan datang.
 
Oleh itu, sebagai umat Kristian, adalah penting kita menjalankan tugas sebagai warganegara dengan melaksanakan hak mengundi kita dan menyuarakan pilihan kita akan sebuah gabungan politik yang bertekad mencapai Visi kita untuk memastikan negara Malaysia jauh lebih maju.
 
Dari segi Visi kita supaya Negara Malaysia semakin maju, PKM
menggalakkan agar setiap Umat Kristian di Malaysia memikirkan
mengenai perkara-perkara terpenting berikut:

● Sebuah negara yang mengamalkan etika asas iaitu menghormati martabat
manusia. Ini bererti sebuah Negara di mana rakyatnya dilayani dengan
saksama dan hak-hak mereka dihormati menurut peruntukan yang
terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Negara sebegitu akan
memperlakukan rakyatnya dengan persefahaman, kejujuran dan sifat
saling hormat-menghormati.

● Sebuah negara di mana semua jenis fahaman dan tindakan melampau
disingkirkan dan segera dikawal
. Ketaksuban bangsa dan agama,
manipulasi dan penipuan yang kini semakin berleluasa dari segi sosial,
media cetak dan politik perlulah dihentikan serta-merta.

● Sebuah negara yang bebas dari rasuah dengan memastikan institusi-institusi Negara dan awam diperkemaskinikan supaya ahli-ahlinya
menjalankan tugas dengan penuh integriti, ketelusan dan tanggungjawab.

● Sebuah negara yang berusaha ke arah pengagihan kekayaan secara
saksama dan memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat tanpa
mengira status kerakyatan, suku kaum atau perbezaan dalam
kepercayaan. Setiap rakyat dan komuniti harus diberikan kuasa dan
dibenarkan untuk menjalankan kegiatan ekonomi dan mencapai kemajuan
yang sepatutnya dan diberikan sokongan adil kerajaan apabila perlu tanpa
sebarang pilih kasih atau diskriminasi dan tanpa sokongan yang tidak adil
atau keterlaluan daripada kerajaan negeri.

● Sebuah negara di mana keprihatinan terhadap alam sekitar diberi
keutamaan berbanding kapitalisme yang mementingkan keuntungan
peribadi dan para pemimpin politik yang membuat keputusan untuk
mengutamakan ekologi dan kemampanannya sebagai unsur dan aspek
penting dalam pembangunan.

● Sebuah negara di mana bahasa dan pendidikan tidak berhubungkait
dengan matlamat dan pengaruh politik.

● Sebuah negara di mana kewujudan elitisme dan kadar ketidakadilan tidak
berleluasa dan setiap orang diiktiraf dan dihormati sebagai seorang insan
dan mereka tidak mengalami diskriminasi akibat perbezaan dari segi
kedudukan sosial, tahap pendidikan, kepercayaan politik, jantina, bangsa
mahupun agama.

● Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk
menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan
berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undangundang, penegahan ataupun larangan.

Maklumat penuh dan lanjut anda boleh dapatkan di sini : CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA (PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA)Address: 10, Jalan 11/9, Section 11, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Telephone: (03) 7957 1278, (03) 7957 1463, Fax: (03) 7957 1457
Email: cfmsia@yahoo.co.uk

SUMBER MYMASSA

No comments:

Post a Comment