ANIMSI

home

Followers


Friday 27 July 2012

PRU 13 APRIL 2013! PEMBANGKANG GUSAR BN KEKAL DI PUTRAJAYA!


Apahal pulak pembangkang kecoh suruh bubar parlimen. Berita terkini menerusi kajian yang dibuat BN masih lagi menang pada pru 13.
 
BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menggunakan mandat sepenuhnya, sehingga April 2013, sebelum memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, Najib perlu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun sedia ada untuk terus membantu rakyat serta memakmurkan negara, yang dilihat dapat meraih sokongan.

"Saya tidak mahu cadang bila beliau patut bubar (Parlimen), beliau lebih tahu.

"Tetapi kalau saya berpeluang, saya akan kata, gunakan hingga akhir (mandat)," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu tenaga akademik ini mengambil bahagian dalam forum khas mengenai pilihan raya umum ada yang diadakan pada Program Semarak Kasih MPN Bersama Anak Yatim di sini, hari ini.
Selain beliau, turut menjadi ahli panel ialah Prof Dr Mansor Mohd Noor dan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Syed Idid.

Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) menekankan bahawa mandat semasa bukan diperoleh menerusi kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.
"Datuk Seri Najib baru tiga tahun jadi Perdana Menteri. Beliau masih ada masa, seharusnya menggunakan untuk meneruskan program kerajaan," katanya lagi.

Beliau ditanya pada pandangan MPN bila masa yang sesuai Najib memanggil PRU13 di sebalik spekulasi bahawa Parlimen dibubarkan bulan lalu. Spekulasi baru menyebut Parlimen kemungkinan akan dibubarkan September ini atau November dan jika tidak kemungkinan besar Mac-April depan.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir penghujung April 2013.
Ketika ditanya sama ada beliau melihat kemungkinan BN akan menang tetapi hanya memperoleh majoriti tipis berdasarkan beberapa kajian yang dikemukakan kebelakangan ini, Shamsul Amri bersetuju dengan tanggapan itu.
Bagaimanapun beliau menolak andaian negara akan berhadapan dengan kemungkinan Parlimen gantung.

"Parlimen gantung, saya rasa tidak, tidak mungkinan... 111-110 kerusi? Tidak mungkin. Majoriti tipis, ya mungkin," katanya lagi.
Laporan media kelmarin memetik anggota MPN berkata BN akan menang di peringkat pusat tetapi tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga.

No comments:

Post a Comment