ANIMSI

home

Followers


Thursday 26 July 2012

LAJIM UKIN BELOT!



Atas alasan apa sekalipun tindakan Lajim Ukin yang akan meninggalkan UMNO adalah tindakan paling biadap,jahat,kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair yang dipamerkan oleh beliau sekailgus membuktikan bahawa beliaulah pembeot parti yang paling hina kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama sebelum ini.

Sikap berpaling tadah Lajim Ukin di saat beliau masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagia Beufort membuktikan bahawa beliau meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada mempertahankan maruah UMNO serta Barisan Nasional.

Lajim yang mengaku pejuang tetapi takut kalah dan sebelum kalah 29 haribulan Julai nanti beliau akan mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum patah cuma baru bergoyang,Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari dahan lain.

Lajim Ukin sudah pun menghantar jemputan kepada rakan-rakan beliau untuk hadir di majlis Berbuka Puasa di rumahnya di Beufort dan turut dihadiri oleh Hadi Awang,Lim Kita Siang serta Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2012 nanti.Kali ini Lajim sudah tidak berteka teki lagi apabila segala ugutan dan tekanan diberikan kepada Perdana Menteri tidak dipedulikan kerana pada tarikh itu jugalah beliau akan mengistiharkan keluar UMNO untuk menyertai pembangkang.SETERUSNYA KLIK

No comments:

Post a Comment