ANIMSI

home

Followers


Thursday, 26 July 2012

'MAQASID SYARIAH' BN DILANDASAN YANG BETUL WALAUPUN TIDAK GUNA LABEL ISLAM!

Sememangnya BN dilandasan yang betul walaupun tidak menggunakan label Islam. Apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional nampak jelas bahawa Kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat.


Telah banyak usaha yang dibawa oleh kerajaan namun PPJ agar pelik kerana masih ada lagi dengan sombong mengatakan Kerajaan BN Zalim dan tidak relevan. Jika kita bercakap mengenai politik pembangkang, sudah tentulah mereka akan sentiasa mengatakan kerajaan tidak betul walaupun hakikat dan realitinya BN semakin berubah ke arah yang lebih positif dan menyakinkan.

PPJ berharap agar rakyat dapat menilai sebenar keupayaan BN bukan hanya terpengaruh dengan janji pembangkang yang nampak terdesak menjelang pru 13 akan datang.

baca di bawah:


IPOH - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjuangan Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul walaupun perikatan itu tidak menggunakan label Islam. 

Perdana Menteri berkata segala program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk rakyat adalah berlandaskan 'maqasid syariah'. 

"Apa yang kita lakukan adalah berpandukan kepada kehendak Islam seperti yang tertera dalam maqasid syariah. Maqasid syariah itulah panduan induk kita," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kediaman Menteri Besar di sini, hari ini. 

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin parti komponen BN. 

Terdahulu, Najib dan isteri meluangkan masa mendengar tazkirah sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib. Beliau kemudiannya menunaikan solat sunat Tarawih.

Najib berkata kerajaan BN menunjukkan komitmen yang berterusan dalam menjaga kesucian Islam. 

"Agama kita pegang, keamanan kita pegang. Ini adalah perjuangan kita bersama," katanya. 

Beliau berkata Islam tidak menyempitkan agama dan yang menyempitkan agama adalah puak tertentu kerana politik dan tidak meletakkan Islam tertinggi dalam pertimbangan.

Perdana Menteri berkata apabila kepentingan politik melebihi kepentingan Islam, apa sahaja program yang dilaksanakan oleh kerajaan dilihat sebagai tidak betul.

Beliau berkata sebagai contoh, ada pihak yang cuba menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings walaupun tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu untuk kepentingan rakyat. - Bernama

No comments:

Post a Comment