DAP memang mlaksanakan agenda rampasan kuasa dan menabur umpan yang berbakul-bakul untuk memancing melayu menggunakan parti pas!
Pakatan pembangkang diminta mengubah slogan
mereka kepada 'Rampasan Kuasa Didahulukan, Pentadbiran Huru-Hara
Diutamakan' kerana ia lebih bertepatan dengan keghairahan untuk
memerintah negara tanpa mengira kaedah digunakan.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pembangkang
khususnya DAP lebih berminat mengamalkan politik kebencian termasuk
melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum.
Menurut beliau, strategi DAP yang lebih cenderung berkonfrantasi itu
amat berbeza dengan pendekatan MCA yang mendukung usaha mengintegrasikan
rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak negara merdeka.
''DAP hanya tahu menyalahkan Kerajaan Pusat apabila gagal membawa
sebarang perubahan di Pulau Pinang tetapi pada masa sama, bersikap tidak
malu mengambil pujian atas hasil kejayaan dasar kerajaan negeri yang
sebelum itu ditadbir oleh BN.
''Mereka juga selalu memburuk-burukkan agensi-agensi kerajaan
menerusi pelbagai kaedah termasuk perhimpunan haram Bersih," katanya
pada Debat 2.0 antara DAP dan MCA di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid,
dekat sini hari ini.
Soi Lek bersemuka dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada
debat bertajuk 'Polisi Siapakah yang Akan Lebih Memberi Manfaat Kepada
Negara?' dengan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan Strategik
Asia (ASLI), Tan Sri Michael Yeoh sebagai moderator.
Ahli-ahli panel terdiri daripada Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor
Chee Heung; Pensyarah Universiti Monash, Prof. James Chin dan Editor
Roketkini, Wan Hamidi Hamid.
Tambah Soi Lek, DAP pada hakikatnya adalah sebuah parti politik
cauvinis Cina walaupun para pemimpinnya sering mendakwa ia sebuah parti
berbilang kaum.
''DAP kata parti itu terbuka kepada semua kaum tetapi tiada seorang
pun Pengerusi DAP negeri berketurunan India dan tiada seorang wakil
rakyatnya berketurunan Melayu.
''Mereka menuduh Dasar Ekonomi Baru meminggirkan kaum Cina, namun
hakikatnya kini, purata pendapatan isi rumah dan pemilikan hartanah oleh
kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain. Kadar
kemiskinan dan pengangguran masyarakat Cina juga lebih rendah,"
jelasnya.
Beliau turut menempelak DAP ekoran sikap berdiam diri parti berkenaan
terhadap akuan bersumpah Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),
Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion semasa menjadi
Timbalan Perdana Menteri.
''Selain itu, DAP menutup sebelah mata terhadap ketiadaan tender
terbuka di Kedah dan Kelantan yang dikuasai Pas, malah projek WiFi
percuma di Pulau Pinang dianugerahkan tanpa melalui proses tender.
''Berhubung skandal tanah membabitkan wang rakyat sebanyak RM1 bilion
di Selangor, DAP hanya diam membisu tanpa berkata apa-apa," ujarnya.
Selain itu, Soi Lek menyifatkan DAP mempersendakan konsep kebebasan
media apabila menyaman dan menghalang mana-mana media termasuk Utusan Malaysia membuat liputan kerana mengkritik parti tersebut dan pembangkang.
No comments:
Post a Comment