KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan awam berusia 55 tahun membuat aduan
polis selepas mendakwa tidak tahan diganggu seorang janda anak tiga yang
sering menghantar SMS lucah kepadanya hampir setiap hari.
Malah, lelaki itu turut mendakwa difitnah janda berusia 40-an terbabit konon merogolnya sehingga hamil.
Lelaki berkenaan mengenali wanita itu pada awal Mei lalu ketika mengajaknya menjadi rakan kongsi perniagaan jualan langsung.
Namun, akibat tidak tahan dengan gangguan yang menjatuhkan
reputasinya sebagai kakitangan awam, lelaki itu membuat laporan di Balai
Polis Jalan Dang Wangi, kelmarin.
Sumber polis berkata, mangsa menjalankan perniagaan produk kesihatan dan mempelawa janda terbabit menjadi rakan kongsi, namun disalahertikan hingga diganggu melalui SMS, panggilan telefon serta laman sembang sosial sejak awal bulan lalu.
Katanya, hampir saban hari mangsa dihujani SMS lucah dan diganggu melalui laman sosial dengan kata-kata berbaur fitnah hingga boleh menjejaskan rumah tangganya.
“Mangsa pada mulanya boleh bersabar, namun tidak tahan selepas
janda itu menghantar SMS menuduhnya merogol hingga hamil dan perlu
bertanggungjawab bagi mengelak tindakan lebih keras daripada wanita
terbabit,” katanya, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
No comments:
Post a Comment