ANIMSI

home

Followers


Tuesday 15 May 2012

HANGAT!! "Saya Merayu Tunku Aziz Jangan Tinggalkan DAP" - Guan Eng



PETALING JAYA, 15 Mei 2012 - Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengadakan pertemuan dua mata dengan bekas Naib Pengerusi DAP itu secepat mungkin dalam usaha memujuk Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dari terus meninggalkan parti itu.
 
Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada parti yang didominasi kaum Cina itu berkuat kuasa serta-merta setelah dikecam hebat oleh kepimpinan parti akibat kelantangan beliau menolak perhimpunan haram Bersih 3.0.
 
Dalam program wawancara Chat Time terbitan ntv7, malam tadi, beliau mengesahkan puncanya adalah kerana tidak menyokong perhimpunan haram tersebut yang telah banyak mencetuskan keganasan daripada keamanan seperti yang didakwa penganjur Bersih 3.0.
 
"Saya mengalami masalah dengan parti dan tidak mahu memanjangkan masalah ini. Puncanya adalah Bersih 3.0 dan saya tidak menyokongnya kerana ia perhimpunan haram," kata Tunku Abdul Aziz.
 
Dalam pada itu, Lim Guan mneyatakan kesediaannya mengadakan pertemuan tersebut bagi mengelakkan salah faham yang berlaku dan menghindari krisis dalaman parti itu.
 
"Saya akan menghubungi Tunku untuk berbincang mengenai perkara ini dengan harapan beliau akan mengubah pendiriannya.
 
"Saya akan cuba merayu agar beliau kembali kepada DAP," kata Guan Eng.
 
Sebelum itu, Tunku Abdul Aziz telah menyatakan pendiriannya tidak akan menyertai mana-mana parti setelah perletakan jawatan dan pengumuman beliau keluar dari DAP.
 
"Saya tidak di'beli' dan saya tidak berminat menyertai mana-mana parti buat masa ini," katanya dengan nada tegas.

No comments:

Post a Comment