ANIMSI

home

Followers


Friday 30 December 2011

PANAS!!GENG LIWAT ANWAR TERKANTOI DAN MEMBUAT KERJA HARAM


Pertama sekali gua nak ucap tahniah kepada pihak polis kerana bertindak dengan baik bagi memastikan rakyat tidak terhasut oleh sekumpulan yang menjadi pencacai kepada Anwar dengan mengedar risalah bagang yang bertujuan menghasut!!

Tiga belas anggota PKR Kelantan ditahan polis di dua lokasi berlainan di negeri itu semalam kerana mengedar dan memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan Liwat II terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tujuh daripada mereka, termasuk ketua penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh, ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar di situ pada kira-kira jam 3 petang.

Manakala enam lagi, antaranya ketua AMK negeri Mohd Azihan Che Seman, ditahan di satu sekatan jalan raya di Kuala Krai pada kira-kira 5.30 petang kerana memilik risalah tersebut dalam kenderaan yang mereka naiki.

Ketika dihubungi semalam, Mohd Azihan berkata, pengedaran risalah tersebut adalah sebahagian daripada kempen mengajak rakyat menghadiri siri jelajah ceramah Anwar di Padang  Majlis Daerah Machang pada 5 Januari ini sebelum keputusan perbicaraannya diumumkan pada 9 Januari ini.

Manakala ahli parlimen Tanah Merah Amran Ab Ghani memberitahu Malaysiakini bahawa tujuh anggota PKR yang ditahan ketika mengedar risalah itu di Tanah Merah, dibawa ke ibu pejabat polis jajahan itu untuk disoal siasat.

Katanya, disiasat mengikut seksyen 4 (b) Akta Mesin Cetak kerana mengedar risalah tersebut yang diterbitkan oleh PKR. Risalah itu juga telah dirampas.

"Saya pergi memberi sokongan ketika mereka memberi keterangan kepada polis," katanya.

Sementara itu, Mohd Azihan pula berkata beliau bersama lima lagi anggota PKR cabang Jeli dan Gua Musang ditahan selepas polis mendapati mereka membawa risalah mengenai kronologi perbicaraan Anwar, risalah perbandingan pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat dan bendera parti.

Kesemua risalah itu diterbitkan oleh ibu pejabat parti itu dirampas.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Amran berkata tujuh anggota PKR di Tanah Merah itu ditahan dalam lokap malam tadi dan berkemungkinan ditahan reman hari ini.

Beliau bagaimanapun telah meminta seorang pegawainya untuk mendapatkan maklumat  lanjut berhubung penahanan tersebut pagi ini.

Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada salah seorang tahanan yang menghubunginya kira-kira jam 8.30 malam tadi - 45 minit selepas beliau meninggalkan ibu pejabat polis berkenaan.


psssssssssst: ramai lagi mangkuk dan malaun yang buat kerjabodoh mengedar risalah haram tu.. Awas!!!!!

2 comments:

  1. KEHKEHKEH PUAK GAY NI MMG SKE BUAT KEJE HARAM SUMBANG MAHRAM BRO..ALAAA MCM BOS DIORANG JUGAKK!..KEHKEHKEH ADOIYAIIII

    ReplyDelete