ANIMSI

home

Followers


Tuesday 15 May 2012

MALAU!! Tunku Aziz SINDIR LIM GUAN ENG!!

 
PETALING JAYA, 16 Mei 2012 - "Saya tidak buat keputusan secara terburu-buru. Ini bukan perkara main-main," kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang tetap dengan keputusan tidak akan kembali menyertai parti walaupun cuba dipujuk oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
 
"Terima kasih kepada saudara Guan Eng. Tapi keputusan telah dibuat, tidak perlu pujuk atau rayu lagi. Saya kekal dengan keputusan ini iaitu keluar DAP," katanya sambil menegaskan masih belum menerima sebarang panggilan daripada Lim lagi.
 
Beliau turut berkata keputusannya keluar dari parti tidak berdasarkan kepada emosi dan hanya bertunjangkan kepada prinsip dan pendirian teguhnya.
 
"Seperti yang telah diperkatakan, saya tak akan pertimbangkan keputusan yang telah saya buat. Ini keputusan muktamad. Lagipun keputusan ini bukan sesuatu yang mudah dibuat," katanya.
 
Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan beliau akan berusaha untuk memjuk Tunku Aziz untuk mengubah pendiriannya keluar dari parti.
 
"Saya akan menghubungi Tunku untuk berbincang mengenai perkara ini dengan harapan beliau akan mengubah pendiriannya.
 
"Saya akan cuba merayu agar beliau kembali kepada DAP," kata Guan Eng.
 
Tunku Abdul Aziz telah mengumumkan keluar daripada parti yang didominasi kaum Cina itu berkuat kuasa serta-merta setelah dikecam hebat oleh kepimpinan parti akibat kelantangan beliau menolak perhimpunan haram Bersih 3.0.
 
Dalam program wawancara Chat Time terbitan ntv7, beliau mengesahkan puncanya adalah kerana tidak menyokong perhimpunan haram tersebut yang telah banyak mencetuskan keganasan daripada keamanan seperti yang didakwa penganjur Bersih 3.0.
 
"Saya mengalami masalah dengan parti dan tidak mahu memanjangkan masalah ini. Puncanya adalah Bersih 3.0 dan saya tidak menyokongnya kerana ia perhimpunan haram," kata Tunku Abdul Aziz.
 
"Saya tidak di'beli' dan saya tidak berminat menyertai mana-mana parti buat masa ini," katanya dengan nada tegas.

No comments:

Post a Comment