Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata “tidak ada apa”
yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan tokoh PKR itu sebagai “sesumpah”, Mahathir berkata semua
pihak mengetahui pendirian tokoh PKR itu yang didakwanya sentiasa
berubah.
“Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody.
“Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.
“Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam,” katanya sinis.
Bercakap dalam sidang media selepas memberi taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara, Mahathir mendakwa apa yang diperjuangkan oleh penyokongnya adalah untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.
pssssssst: Anwar boleh berubah-ubah pendirianya demi kepentingan peribadi!
No comments:
Post a Comment