ANIMSI

home

Followers


Monday, 20 February 2012

PANAS!! MENGAPA ANWAR BERSUNGGUH INGIN BERDEBAT DENGAN NAJIB??



Seperti dijangka, debat antara Presiden MCA Datuk Seri Chua Sok Lei dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lalu dijadikan modal oleh penyokong pembangkang agar debat yang lebih besar antara ketua mereka dan Perdana Menteri diadakan. 
Semua tahu betapa mengidamnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Sampaikan pernah sebut, kalau bagi dia bercakap 10 minit saja pun tak apa, janji bercakap.
Bagi yang biasa dengan Anwar, apa lagi kelebihan beliau, satu-satunya kepandaiannya yang diakui ramai adalah bercakap. Modalnya air liur manakala kesannya tak ada.
Wahasil balik asal...
Sebab itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak idea nak regukan Najib dan Anwar berdebat.
Dr Mahathir berkata, debat itu tidak perlu diadakan kerana pendirian Anwar terhadap banyak isu memang sudah diketahui ramai.
"Beliau boleh jadi apa sahaja, beliau umpama sumpah-sumpah, beliau bertukar warna setiap masa. Apabila beliau bersama dengan orang India, beliau menjadi orang India, apabila beliau bersama dengan orang Islam, beliau akan memberi ceramah mengenai Islam. Apa yang mereka perjuangkan ialah untuk menjadikan beliau Perdana Menteri, itu sahaja," katanya.
Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".
"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.
Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.
Sementara itu, bagi bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor, Anwar tidak layak duduk sepentas dengan seorang Perdana Menteri.

Sesiapapun menjadi Perdana Menteri perlu mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama baik isntitusi kerajaan daripada menjadi mainan politik daripada seorang desperado dan lebih penting lagi pemimpin yang tidak bertanggungjawab seperti Anwar.
"Saya menggesa PM tidak melayan sama sekali karenah Anwar dan kuncu-kuncunya untuk berdebat. Debat seperti juga perkara-perkara lain didunia ini hanya akan bermanfaat sekiranya dilakukan dengan penuh tanggungjawab.
"Sebaliknya Anwar adalah seorang haiwan politik yang paling tidak bertanggungjawab yang pernah lahir di dalam negara ini.
"Seorang yang sanggup gadai ekonomi negara dengan pembohongan 16 September, hina negara di luar negara dengan putar belit fakta seperti (baju) batik Malaysia hodoh berbanding batik Indonesia dan terbaru kenyataan iktiraf Israel jelas menunjukkan jenis politikus apa Anwar ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ezam yang pernah menjadi Ketua Pemuda PKR, Anwar merupakan seorang pengkhianat negara, umat serta tidak bertanggungjawab.
"Cukuplah pembangkang menghina diri mereka dengan membiarkan Anwar memimpin mereka. Perdana Menteri tidak boleh biarkan Anwar hina negara ini dengan benarkan pengkhianat seperti Anwar duduk sepentas dengannya dalam acara debat tersebut," kata beliau.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata gesaan pembangkang supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai ekonomi negara hanya helah politik semata-mata.
Beliau mendakwa, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bukannya pakar ekonomi untuk berdebat soal ekonomi dan beliau patut terlebih dahulu membersihkan dirinya berhubung sokongannya kepada rejim Zionis.
"Anwar sengaja nak alihkan perhatian umum apabila dirinya dikecam hebat oleh rakyat termasuk daripada kalangan pemimpin PAS kerana menyokong rejim Yahudi," kata Syed Ali dalam blog UMNO Cheras, Isnin.
Berlainan nada, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kata debat antara Najib dan Anwar sememangnya ditunggu-tunggu untuk mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.

Pendapat Mahfuz turut disokong anak Anwar, Nurul Izzah juga bersetuju supaya perdebatan itu antara Najib dengan Anwar.

“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, “ katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Pendapat dua pemimpin pembangkang itu juga disokong sebuah NGO pro mereka,

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dipetik media berharap debat Najib dan Anwar akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Ibrahim juga berkata, beliau tidak melihat debat yang diadakan melibatkan Najib dan Anwar, masing-masing Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan merugikan mana-mana pihak.
"Saya rasa tidak. Ia tidak akan merugikan, sebaliknya akan membantu rakyat khususnya membuat pendirian mengenai sesuatu isu," kata beliau.-20/2/2012- OLEH HELME HANAFI

pssssssst: Anwar kata peluang nak memusingkan rakyat ketika ini!

No comments:

Post a Comment